ARKIB

KATEGORI

Buletin

China uji ‘kereta terapung’, guna teknologi Maglev

Berita Global

Views

China baru-baru ini telah menguji kenderaan menggunakan teknologi apungan magnetik (maglev) yang menyaksikan sebuah kereta seberat 2.8 tan ‘terapung’ 35 millimeter di atas jalan raya dan bergerak di lebuh raya di wilayah Jiangsu, timur negara tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Menurut portal english.news.cn, kereta yang diubah suai daripada kenderaan tradisional itu telah dibangunkan oleh Southwest Jiaotong University yang berpangkalan di Chengdu.

Susunan magnet kekal telah dipasang untuk apungan dan jalan itu diletakkan dengan rel konduktor yang baik bagi membolehkan kereta itu terapung. Satu lagi ujian jalan raya, kali ini dengan kelajuan 200 kilometer sejam, turut dijalankan pada hari yang sama.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Sebanyak lapan buah kereta, termasuk lima kenderaan tenaga baharu, telah diuji di sebahagian daripada lebuh raya sepanjang 7.9 kilometer, dengan kelajuan maksimum menghampiri 230 kilometer sejam.

Ujian itu dianjurkan oleh pihak berkuasa pengangkutan wilayah berkenaan dan bertujuan untuk mengkaji reka bentuk jalan raya dan langkah-langkah keselamatan untuk pemanduan berkelajuan tinggi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Xinhua

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply