Akhirnya! Dapat juga kita melihat wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A). Hari ini tular di media sosial satu video yang dimuatnaik menerusi akaun TikTok @nick8486, memaparkan deretan Alza 2022 (D27A) di dalam fasliti pengeluaran Perodua.
Apa yang menarik, kesemua unit tersebut berjaya dirakam tanpa sebarang pelitup penyamaran dan memperlihatkan wajahnya yang sebenar. Seperti yang dijangka, model ini tidak banyak berbeza dengan dua lagi kembarnya iaitu Daihatsu Xenia dan Toyota Avanza/Veloz di Indonesia.
Versi Perodua menampilkan jeriji yang besar dengan membawa gaya reka bentuk yang sama dengan Myvi, Axia dan Ativa. Lampu hadapannya boleh dikatakan hampir sama dengan kedua-dua kembarnya itu, namun bentuk bamparnya lebih mirip dengan Veloz.
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
Ada ura-ura mengatakan, tarikh pelancaran Alza 2022 (D27A) mungkin ditunda ke bulan hadapan berikutan ada vendor yang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja. Mengikut maklumat awal, sepatutnya ia dilancarkan dalam bulan ini.
Dalam artikel terdahulu, Alza 2022 (D27A) akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian, iaitu X (asas), H (pertengahan) dan AV (andalan). Model MPV tujuh-tempat duduk ini dikuasakan oleh 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i (103 PS, 136 Nm daya kilas) dengan pilihan transmisi D-CVT.
Lima pilihan warna bakal ditawarkan dan berikut adalah senarai pilihan warna Alza 2022 (D27A) mengikut varian:
- Ivory White (solid)
- Glittering Silver (metalik)
- Elegant Black (metalik)
- Garnet Red (metalik) – Tidak ditawarkan pada varian X
- Vintage Brown (metalik) – Tidak ditawarkan pada varian X
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
Anggaran harga untuk model serba baharu ini pula adalah sekitar RM69,000. Namun, tidak dipastikan sama ada ia merupakan varian andalan ataupun harga permulaan untuk varian asas.
Perodua bakal menawarkan dua saiz rim yang berbeza untuk Alza (D27A), iaitu 15-inci (185/65 R15 untuk varian X), manakala 16-inci (195/60 R16 untuk varian H dan AV). Dari segi kemasan dalaman, varian X akan mendapat kemasan fabrik, manakala varian H dan AV akan menerima kemasan separa kulit.
Antara ciri-ciri Alza (D27A) adalah brek parkir elektronik, corong pendingin hawa baris belakang, kamera 360 darjah, mod pemanduan (Normal, Eco dan Power), panel meter digital (varian H dan AV) dan unit infohibur skrin sentuh 9-inci dengan sistem ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto (varian H dan AV).
Dari segi keselamatan, ia dilengkapi 6 beg udara, ABS, EBD, BA, VSC, brek cakera belakang, Amaran Pra-Perlanggaran, Brek Pra-Perlanggaran, Amaran Berlepas Hadapan, Kawalan Injak Pincang Tugas (Pedal Misoperation Control), Amaran Keluar Lorong, Pencegahan Keluar Lorong, Lampu Tinggi Automatik, Lampu Pemanduan Adaptif (varian H dan AV), Kawalan Jelajah Adaptif (varian AV), Kawalan Kekal Lorong (varian AV), Pemantau Titik Buta (varian AV), dan Amaran Lintasan Belakang (varian AV).
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit @nick8486
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t
KOMEN TERKINI