Kalau anda perasan, dah beberapa hari laman Facebook Perodua menyepi kan? Kalau tidak, boleh dikatakan setiap hari mereka memuatnaik siri video acah model terbaharu Alza 2022 (D27A).
Yang terkini, mereka memaparkan perincian pada bahagian lampu, jeriji dan rim pada model MPV tujuh-tempat duduk itu. Informasi mengenai bilakah tarikh pelancarannya juga masih belum kedengaran lagi setakat ini.
Walaubagaimanapun, ejen perisik Mat Bond berkata, treler pengangkut telah mula bergerak sejak malam tadi, membawa unit pameran dan pandu uji Alza 2022 (D27A) yang ‘berselubung’ ke destinasi yang tidak diketahui.
Itu mungkin petanda besar, pelancarannya yang kian hampir. Besar kemungkinan, unit-unit berkenaan dihantar lebih awal ke Sabah dan Sarawak sebagai persediaan awal pelancaran.
Tidak cukup dengan itu, laman Facebook sahabat sekutu kami TheAjerul turut memuat naik satu foto yang memaparkan imbasan bahagian sisi Alza 2022 (D27A) berwarna Garnet Red.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
Diruangan komentar pula, warganet bernama Aziq Rozli juga berkongsi foto yang memaparkan Alza 2022 (D27A) juga berwarna Garnet Red dari arah tepi.
Alza 2022 (D27A) ditawarkan dalam tiga pilihan varian dan berikut adalah senarai harga tentatifnya mengikut varian (harga tanpa insurans dan termasuk cukai jualan):
- Alza 1.5L X (CVT) – RM62,000
- Alza 1.5L H (CVT) – RM68,000
- Alza 1.5L AV (CVT) – RM75,000
Nantikan info terkini dari semasa ke semasa!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit TheAjerul dan Aziq Rozli
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
KOMEN TERKINI