ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Foto Intip

Views

Nampaknya Proton kian rancak membuat ujian model crossover MPV pertamanya, X90 (namakod VX11), walaupun pada waktu cuti hari Ahad.

Kelibat unit ujian berceloreng berkenaan berjaya dikesan siang tadi sekitar Bukit Puchong dan foto intipnya telah dikongsikan oleh rakan pembaca kami, Muhammad Jazlan Joffri.

Kata Muhammad Jazlan Joffri, dia cuba menghampiri unit ujian tersebut, namun ia telah memecut laju dan terus menghilangkan diri setelah ‘terasa diekori’.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Jika anda perasan, unit ujian ini menggunakan plat perdagangan yang berbeza dengan unit ujian sebelumnya dan nombor tersebut telah dialihkan ke atas, di tengah-tengah antara lampu belakang.

Kelihatan ruang meletak nombor plat asal pada bahagian bampar, sengaja dibiarkan kosong. Kita juga dapat melihat imbasan jejalur cahaya LED lampu brek dan juga signal belakang.

Setakat ini, tiada informasi terkini mengenai X90 (VX11) dan menurut maklumat dari ejen Mat Bond, ia bakal dilancarkan pada suku kedua (Q2) 2023.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Dalam tahun yang sama juga berkemungkinan Proton melancarkan sebuah model sedan S50 (SS11) juga seawal suku ketiga (Q3), jika tiada sebarang perubahan.

Disebabkan isu kekurangan bekalan komponen diperingkat global, robotik dan lain-lain, jadual pengeluaran kedua-dua model tersebut terpaksa ditangguhkan.

Selain itu, Mat Bond berkata, ada desas-desus mengatakan Proton telah mengadakan perbincangan dengan Volvo untuk menjalankan pemasangan kontrak model Volvo XC30 Hybrid di Tanjung Malim.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Muhammad Jazlan Joffri

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply