ARKIB

KATEGORI

Info

RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Berita Tempatan

Views

Dalam artikel terdahulu kami ada memaparkan beberapa foto intip model Ativa hibrid (namakod D47B) yang merupakan ‘klon’ kepada Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid di sebuah pelabuhan.

Ia merupakan versi siap bina (CBU) dari Jepun dan Perodua hanya akan membawa masuk 300 unit buat permulaan untuk kajian pasaran.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Ativa hibrid (D47B) akan dipasarkan menggunakan konsep sewaan atau pajakan selama tiga tahun. Menurut info terkini daripada ejen perisik Mat Bond, Perodua dijangka melancarkan model Ativa hibrid (D47B) pada bulan September.

Dalam perkembangan lain, Mat Bond berkata model Axia 2023 (D74A) telah pun selesai ujian percubaan awal pemasangan. Difahamkan ada dua lagi ujian percubaan sebelum ia memasuki ke fasa pengeluaran massa yang dijangka menjelang akhir tahun ini.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Model hatchback yang dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) itu bakal dijana oleh enjin aspirasi alami (NA) baharu berkapasiti 1.0 liter.

Enjin ini dipadankan pula dengan transmisi D-CVT. yang kini digunakan pada model Myvi faceliftAtiva dan Alza generasi baharu.

Ada ura-ura mengatakan Axia 2023 (D74A) mungkin ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu G, X, SE dan AV. Ia bakal dilancarkan pada suku pertama (Q1) tahun 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply