ARKIB

KATEGORI

Info

Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Info

Views

Menjelang ketibaan model MPV tujuh-tempat duduk paling dinanti-nantikan tahun ini, Perodua Alza (D27A), ada baiknya kita mengetahui sedikit-sebanyak mengenai model tersebut yang dijangka diperkenalkan sekitar bulan Jun nanti.

Menurut ejen perisik Mat Bond, kembar kepada Daihatsu Xenia itu kini dalam fasa pra-pengeluaran dan dijangka pengeluaran massanya akan bermula pada penghujung Mei nanti. Ia menampilkan reka bentuk serba baharu dan dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Berikut adalah info ringkas mengenai Perodua Alza (D27A):

Varian

Tiga pilihan varian bakal ditawarkan, iaitu X (asas), H (pertengahan) dan AV (andalan).

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Enjin dan transmisi

2NR-VE 1.5L Dual VVT-i (103 PS, 136 Nm daya kilas) dengan pilihan transmisi D-CVT.

Warna

Lima pilihan varian bakal ditawarkan, iaitu putih, perak, merah, hitam dan coklat.

Rim

Dua pilihan saiz rim bakal ditawarkan, iaitu 15-inci (185/65 R15 untuk varian X), manakala 16-inci (195/60 R16 untuk varian H dan AV).

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Kemasan dalaman

Kemasan fabrik untuk varian X, separa kulit untuk varian H dan AV.

Ciri-ciri lain

Brek parkir elektronik, corong pendingin hawa belakang, kamera 360 darjah, mod pemanduan (Normal, Eco dan Power), panel meter digital (varian H dan AV) dan unit infohibur skrin sentuh 9-inci dengan sistem ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto (varian H dan AV).

Ciri-ciri keselamatan

6 beg udara, ABS, EBD, BA, VSC, brek cakera belakang, Amaran Pra-Perlanggaran, Brek Pra-Perlanggaran, Amaran Berlepas Hadapan, Kawalan Injak Pincang Tugas (Pedal Misoperation Control), Amaran Keluar Lorong, Pencegahan Keluar Lorong, Lampu Tinggi Automatik, Lampu Pemanduan Adaptif (varian H dan AV), Kawalan Jelajah Adaptif (varian AV), Kawalan Kekal Lorong (varian AV), Pemantau Titik Buta (varian AV), dan Amaran Lintasan Belakang (varian AV).

Nantikan info terkini dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply