ARKIB

KATEGORI

Buletin

Continental Tyres lancar UltraContact UX7, tayar khusus untuk SUV bandar

Berita Tempatan

Views

Continental Tyres memperkenalkan UltraContact UX7, tayar revolusioner yang direka khusus untuk memenuhi keperluan praktikal pemandu SUV moden di kawasan bandar.

Menyedari pertumbuhan pesat pasaran SUV di rantau Asia Pasifik, Continental tampil dengan tayar yang menggabungkan keselamatan tinggi, ketahanan luar biasa dan ekstra senyap untuk pengalaman pemanduan yang premium.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Menurut Ketua Bahagian Perniagaan Tayar Gantian APAC, Dalibor Kalina, UltraContact UX7 bukan sahaja dioptimumkan untuk SUV tetapi juga sesuai untuk kegunaan harian serta pengembaraan hujung minggu secara spontan.

Dibina untuk versatiliti, direka untuk keunggulan luar biasa

SUV mempunyai berat dan pusat graviti lebih tinggi, jadi ia memerlukan tayar yang lebih kukuh dan stabil. UltraContact UX7 dilengkapi dengan teknologi SUV Confidence+, yang menyerlahkan tiga aspek utama, iaitu:

  • Keselamatan – Teknologi X-Force Macroblocks meningkatkan cengkaman dan kestabilan, manakala Adaptive Diamond Compound dan Aqua Channel membantu mempercepat penyaliran air serta mengurangkan jarak membrek di jalan basah dan kering.

 

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

  • KetahananRobust360 Construction mengukuhkan tayar dengan struktur bertali keluli, karkas tahan lasak dan polimer khas untuk menyerap hentakan serta mengelakkan kerosakan seperti retak dan serpihan.
  • Ekstra SenyapNoisebreaker 3.0 dan rekaan bunga tayar yang tepat mengurangkan bunyi tayar dengan ketara, penting terutamanya untuk SUV elektrik yang senyap.

UltraContact UX7 akan mula dijual pada suku kedua (Q2) 2025, dalam pelbagai saiz dari 15 inci hingga 22 inci, sesuai untuk pelbagai jenis SUV termasuk crossover dan SUV premium.

Ia boleh didapati di pusat jualan Continental, serta platform dalam talian seperti Shopee, Lazada dan Touch ‘n Go e-Wallet.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply