ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cuba lari dari wad kuarantin guna motosikal petugas hospital, pesakit Covid-19 maut kemalangan

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki warga emas yang positif Covid-19 dipercayai melarikan diri dari pusat kuarantin, maut dalam kemalangan di KM 28, Jalan Kuala Terengganu – Kuala Berang berhampiran sebuah kilang di Hulu Terengganu, semalam.

Menurut KOSMO! ONLINE, dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, lelaki berusia 66 tahun itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang positif Covid-19 sedang menjalani kuarantin di Hospital Hulu Terengganu, sejak Khamis minggu lalu.

Jelasnya, lelaki tersebut dikatakan bertindak nekad melarikan diri dari wad kuarantin hospital itu dengan menaiki motosikal jenis Honda C100 pada pukul 6.30 pagi.

Motosikal itu milik salah seorang kakitangan Hospital Hulu Terengganu yang diletakkan di kawasan surau hospital berkenaan.

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?

Mohd. Adli berkata, pesakit Covid-19 tersebut dikatakan memecut motosikal berkenaan menghala ke arah Wakaf Tapai, Marang.

Tambah beliau, lelaki itu tiba-tiba membuat pusingan U melawan arus sebaik tiba di persimpangan Bukit Perpat sebelum dikatakan hilang kawalan lalu terbabas sebaik tiba di hadapan sebuah kilang.

Motosikal ditunggangi mangsa dikatakan telah merempuh pembahagi jalan berhampiran kilang terbabit sebelum tercampak ke kawasan berumput di tepi jalan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply