ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cuba lari lepas ‘kantoi buat maksiat’, pemandu Myvi rempuh kereta peronda polis

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki dan kekasihnya dicekup selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh sebuah kereta peronda (MPV) semasa polis sedang membuat pemeriksaan apabila mendapati mereka sedang berdua-duaan di belakang sebuah premis di Jalan Humaira di Tanah Merah, kelmarin.

Menurut KOSMO! ONLINE, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, lelaki berusia 20 tahun dan teman wanitanya 22 tahun berada dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superitendan Wan Zulfikri Wan Othman berkata, melihat kepada keadaan itu, anggota polis yang sedang membuat rondaan dengan menaiki MPV terus memeriksa kereta tersebut.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Menurutnya, semasa anggota polis turun dari MPV dan menghampiri kereta itu, pemandunya telah bertindak memecut laju sebelum merempuh bahagian pintu depan kiri kereta polis.

Anggota polis terus mengejar kereta suspek yang telah merempuh tiga buah kereta lain di tepi jalan sebelum hilang kawalan semasa tiba di sebuah stesen minyak di Gertak Chaber.

Keadaan itu menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan amaran ke udara sebelum kedua-dua suspek ditahan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Siasatan awal mendapati, lelaki tersebut cuba merempuh kenderaan MPV untuk melarikan diri selepas terkejut melihat anggota polis yang mahu membuat pemeriksaan semasa dia bersama teman wanitanya berada di dalam kereta itu.

Menurut beliau, pasangan kekasih itu mengaku mereka baru sahaja sebulan berkenalan dan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden itu.

Ujarnya, lelaki itu kini ditahan reman selama tujuh hari manakala kekasihnya tiga hari masing-masing bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 307/279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply