ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Berita Tempatan

Views

Meskipun sejak kebelakangan ini kelibat unit ujian berceloreng Proton X90 (namakod VX11) semakin kerap dikesan oleh orang awam dan digembar-gemburkan bakal dilancarkan hujung tahun ini, portal TheEdge melaporkan pelancaran model crossover MPV itu mungkin ditunda ke tahun 2023.

Menurut penganalisis Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, Daniel Wong, ia berikutan Proton sedang memberi tumpuan untuk menyiapkan semua tempahan model sedia ada yang ‘masih lagi tertunggak’, selain menyelesaikan isu membabitkan rantaian bekalan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Wong berpendapat bahawa Proton akan terus meningkatkan pengeluaran pada Tahun Kewangan (TK) 22 bagi memenuhi pesanan tertunggak sebanyak 60,000 unit. Katanya, Proton turut berjaya mendapatkan bekalan mikrocip yang mencukupi bagi memenuhi permintaan semasa.

Tambahnya, pengeluar kereta itu telah menetapkan sasaran jualan 136,000 hingga 150,000 unit kenderaan untuk tahun 2022, termasuk jumlah eksport (didorong oleh permintaan tinggi di Pakistan).

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Wong berkata, pihak pengurusan Proton turut menyasarkan peningkatan berterusan 18.6 hingga 30.8 peratus jumlah jualan dalam TK22.

Wong menambah, menyedari trend pasaran kenderaan elektrik (EV) yang semakin meningkat, Proton berkemungkinan besar akan terus meneroka ke dalam segmen kenderaan elektrik bateri menjelang 2027.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply