ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cuba panggang daging babi pada ekzos Lamborghini, kesudahannya rugi RM323K

Tular

Views

Seorang pemuda yang merupakan pemilik Lamborghini di China menjadi terkenal sekelip mata selepas melakukan cubaan ekstrem iaitu memanggang daging babi pada ekzos kenderaan mewahnya itu.

Menurut Harian MetroOddity Central melaporkan, pemilik kereta itu menanggung kerugian kira-kira 500,000 yuan (kira-kira RM323,506) selepas ia mengalami kerosakan berpunca daripada kebocoran dan letupan tangki air.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Pemuda terbabit dan beberapa rakannya dikatakan berkumpul serta melakukan cubaan itu di sebuah sebuah garaj bawah tanah di Changsha, dekat wilayah Hunan. Pemilik kereta mewah itu dan rakannya sepakat menggunakan ekzos kereta bagi memanggang daging berkenaan.

Dia menekan injak pemecut kereta sekuat hati sementara rakannya duduk di belakang kereta bagi membakar daging pada ekzos. Tekanan yang melampau menyebabkan kenderaan menjadi panas sebelum tangki air meletup dan asap putih keluar dari kenderaan berkenaan.

Penyejuk kereta dikatakan mula bocor dari bawah kenderaan, menyebabkan kumpulan lelaki berkenaan terpaksa beredar dari situ bagi menantikan asap itu hilang.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Meskipun begitu, pemilik kenderaan itu dan rakannya tidak kelihatan kecewa, sebaliknya masih boleh tersenyum dan ketawa ketika bersama-sama menolak kereta ke trak tunda.

Video itu menjadi tular di China minggu lalu dan mencetuskan kemarahan dalam kalangan orang ramai. Mereka tidak senang dengan tindakan pemuda terbabit kerana dengan sengaja merosakkan kereta mewah.

Segelintir warganet turut melabelkan tindakan pemuda itu sebagai perbuatan tidak sihat ditunjukkan oleh kebanyakan generasi kedua yang dilahirkan dalam keluarga berada.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply