ARKIB

KATEGORI

Buletin

Diperdaya semasa beli Honda Civic lelong, juruteknik rugi lebih RM223K

Berita Tempatan

Views

Kereta ‘lelong’ yang mahu dibeli hanyalah berharga RM17,800. Namun seorang juruteknik akhirnya diperdaya hingga kerugian lebih RM223,000. Menurut Harian Metro, difahamkan mangsa berusia 48 tahun ditawarkan kereta model Honda Civic didakwa dibawa masuk ke Malaysia dan negara jiran Singapura melalui laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri Superintendan E Sundra Rajan berkata, mangsa mula diperdaya selepas melayari Facebook pada 29 Mac 2021. Menurutnya, mangsa tertarik iklan penjualan kereta yang mahu dilupuskan di Singapura membabitkan sebuah kereta model Honda Civic 1.5 keluaran 2016.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Mangsa berusia 48 tahun kemudian berurusan dengan seorang wanita sebelum bersetuju untuk membelinya pada harga RM17,800 sebelum diminta membuat pembayaran. Suspek kemudian meminta mangsa membuat pelbagai bayaran tambahan kononnya untuk pembayaran lesen import (AP) dan kastam.

Menurutnya, mangsa membuat sebanyak 59 pembayaran kepada suspek menggunakan duit simpanan selain meminjam daripada ahli keluarga serta rakan-rakannya. Sejak 13 April sehingga 19 Mei 2021, mangsa yang tanpa merasa curiga bertindak membuat 59 kali transaksi pindahan wang membabitkan jumlah RM223, 220 ke 15 akaun bank berbeza.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Sundra Rajan berkata, mangsa yang merasa ditipu akhirnya tampil membuat laporan di Balai Polis Kandang di Melaka. Semakan dilakukan terhadap nombor akaun bank digunakan suspek mendapati ia turut digunakan untuk sembilan kes lain menggunakan modus operandi sama.

Jelas beliau lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan pihak polis turut meminta supaya orang ramai sentiasa berhati- hati dengan sebarang tawaran penjualan di laman sosial.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply