ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cubaan meragut gagal, wanita cedera ditikam

Berita Tempatan

Views

Seorang wanita cedera selepas ditikam di bahagian paha dalam satu kejadian cubaan ragut di Jalan 10, Taman Greenwood, Gombak, petang semalam.

Menurut Berita Harian, polis menerima aduan kejadian itu pada jam 4.24 petang daripada orang awam yang menemui seorang wanita dalam keadaan cedera akibat ditikam dalam sebuah kereta di lokasi terbabit.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata ketika kejadian, mangsa sedang memandu bersendirian menggunakan kereta milik abangnya.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ketika sampai di tempat kejadian, seorang lelaki membuka pintu kereta dan cuba melarikan beg milik mangsa. Namun, suspek tidak berjaya melarikan beg berkenaan dan bertindak menikam paha kanan mangsa sebelum melarikan diri.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa tidak mampu memberi gambaran jelas mengenai lokasi kejadian sebenar kerana kecederaan yang dialaminya. Selain itu mangsa juga tidak dapat mengecam muka dan kenderaan digunakan suspek kerana masih dalam keadaan trauma.

Selepas kejadian, mangsa sempat menghubungi abangnya menggunakan telefon memaklumkan ada lelaki yang tidak dapat dipastikan bangsanya membuka pintu kereta dan cuba mengambil begnya.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Zainal Mohamed berkata, mangsa dikejarkan ke Bahagian Kecemasan Hospital Selayang dengan ambulans dan kini masih berada di Zon Merah, namun keadaannya dilaporkan stabil.

Tambah beliau, pihaknya memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil untuk membantu siasatan polis.

Maklumat boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Azrul Amirul Mustafa di talian 03-612 62222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera pada melakukan rompak yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Inforoadblock

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply