ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga rentung Toyota Vios langgar pokok terbakar

Berita Tempatan

Views

Tiga individu rentung selepas kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu melanggar sebatang pokok sebelum terbakar dalam satu kejadian di Jalan Masjid Negeri berhampiran Hospital Lam Wah Ee di George Town, awal pagi tadi.

MalaysiaGazette melaporkan, kejadian kira-kira jam 2.50 pagi itu menyebabkan dua lelaki dan seorang wanita rentung sepenuhnya akibat terperangkap dalam kereta jenis Toyota Vios.

Identiti kesemua mangsa itu belum dikenal pasti setakat ini, memandangkan mangsa serta kereta tersebut hangus sepenuhnya. Difahamkan, pihak bomba menemui dua lelaki di bahagian pemandu dan penumpang belakang manakala wanita itu di bahagian penumpang hadapan.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ketua Operasi Zon 1 Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Mahadzir Magridi berkata, pihak bomba terima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.55 pagi.

Katanya, sebaik pihak bomba tiba api sedang marak pada kereta tersebut selain orang ramai cuba memadamkannya menggunakan alat pemadam api ringan.

Pihaknya berjaya padamkan api dalam tempoh lima minit sebelum melakukan operasi mengeluarkan ketiga-tiga mangsa yang terperangkap dalam kereta tersebut. Penumpang bahagian hadapan dan belakang berjaya dikeluarkan manakala operasi mengeluarkan pemandu mengambil masa memandangkan dia tersepit di tempat duduknya.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Mereka juga terpaksa menggunakan peralatan khas susulan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa ketiga itu. Menurut beliau, ketiga-tiga mangsa rentung sepenuhnya dan pihak bomba tidak menolak kemungkinan kereta itu terbakar selepas melanggar sebatang pokok di bahagian kiri jalan terbabit.

Kesemua mayat diserahkan ke pada pihak polis untuk siasatan lanjut termasuk mengenal pasti identiti mereka. Mayat tiga mangsa itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi berkata, pihak forensik akan menjalankan siasatan untuk mengesan nombor chasis kereta tersebut bagi mengenal pasti indentiti kesemua mangsa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mamu Jarum

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply