Kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan motor tanpa pelepasan (ZEV) atau kenderaan elektrik ditetapkan berdasarkan kuasa motor elektrik, berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata kadar fi baharu itu adalah 85 peratus lebih rendah berbanding kadar sedia ada yang bertujuan menggalakkan rakyat beralih kepada penggunaan kenderaan ZEV.
Loke berkata, kadar fi itu akan disemak semula setiap lima tahun sekali bagi memastikan keberkesanannya untuk menggalakkan peralihan kepada kenderaan bebas asap dan kesannya kepada pendapatan kerajaan.
Kadar hanya terpakai kepada kereta bateri elektrik, sel bahan api
Katanya, kadar fi LKM baharu yang ditetapkan hanya terpakai kepada ZEV dalam kategori Pure Battery Electric Vehicle (PBEV) dan Fuel Cell Electric Vehicle (FCEV) sahaja.
Kadar fi akan meningkat selaras dengan kenaikan kuasa motor elektrik, secara amnya peningkatan kuasa motor elektrik akan mewakili peningkatan dalam harga belian, saiz, segmen dan berat kenderaan.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Peningkatan secara progresif mengikut setiap peningkatan kuasa motor elektrik akan mengelakkan peningkatan kadar fi LKM secara mendadak dari satu kumpulan kepada kumpulan seterusnya.
Loke berkata, bagi menggalakkan peralihan kepada kenderaan tanpa pelepasan karbon, kadar fi bagi kebanyakan kenderaan ZEV adalah lebih rendah berbanding kenderaan ‘internal combustion engine‘ (ICE) (kenderaan guna minyak).
Prinsip penetapan fi dibuat berdasarkan kadar blok dengan setiap blok ditetapkan pada julat kuasa motor 100,000 Watt.
Sebagai contoh, blok 1 adalah bagi ZEV yang mempunyai kuasa motor elektrik dari satu Watt hingga 100,000 Watt, blok 2 antara 100,001 hingga 210,000 Watt dan seterusnya.
“Bagi setiap blok, akan ditetapkan had minimum dan maksimum kadar fi LKM. Sebagai contoh, kadar fi LKM bagi blok 1 adalah RM20 manakala kadar maksimum pula adalah RM70 manakala blok 3, kadar fi minimum adalah RM305 dan maksimum pula adalah RM575,” katanya.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Bagi setiap blok, kadar kenaikan fi LKM ditetapkan secara progresif dengan setiap kenaikan 9,999 Watt akan dikenakan tambahan bayaran mengikut kadar kenaikan yang ditetapkan dalam blok terbabit.
Sebagai contoh, dalam blok 2, kadar minimum fi LKM pada kuasa motor elektrik 100,001 Watt ditetapkan pada RM80. Dengan kenaikan 9,999 Watt, kuasa motor elektrik seterusnya adalah pada 110,000 Watt.
“Fi LKM kuasa motor 100,001 Watt adalah RM80 dengan kadar kenaikan per blok 9,999 Watt bagi blok 2 adalah RM20. Jadi, jumlah kadar fi LKM akan dikenakan adalah bersamaan RM100.
“Sebagai contoh bagi kenderaan BYD Dolphin Premium Standard Range yang berkapasiti 130 kilo Watt (kW) akan hanya dikenakan fi LKM sebanyak RM120 berbanding kadar sedia ada bernilai RM624.
“Bagi Tesla Model Y yang berkapasiti 220kW adalah RM305 sahaja berbanding fi LKM sedia ada bernilai RM2,583,” katanya.
Loke berkata, pihaknya akan mewartakan kadar fi LKM bagi segmen kenderaan berkenaan dalam tempoh terdekat. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Ministry of Transport Malaysia
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI