ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu rancang pengenalan 10 model baharu di Asia Tenggara menjelang 2025

Berita Global

Views

Daihatsu Motor kini sedang menggandakan usaha dalam penghasilan kereta yang sesuai dengan kehendak pasaran Asia Tenggara, dengan mengadaptasikan kaedah pembuatan yang pantas serta kos-rendah, bermula di Malaysia dan Indonesia.

Menurut portal Nikkei Asia, pasaran baharu amat penting kepada syarikat tersebut. Pada bulan Mac, Daihatsu melancarkan versi tempatan pertama, model kenderaan utiliti sukan Rocky (Perodua Ativa) ke pasaran Malaysia.

Meskipun ia boleh dikatakan hampir sama dengan model dari Jepun, namun versi Malaysia telah direka untuk memenuhi kehendak pemandu tempatan. Timbalan ketua pegawai bahagian penyelidikan dan pembangunan Daihatsu, Nobuhiko Ono berkata, di Malaysia mempunyai banyak lebuh raya dan kereta sering dipandu pada kelajuan tinggi.

Jadi pihaknya harus memikirkan bagaimana untuk menangani perkara tersebut. Menurut kajian, pemandu tempatan mahu ‘brek yang lebih ketat’, kerana difahamkan mereka ‘merasa kurang selamat’ sekiranya ia ‘bertindak balas dengan lembut’ semasa injak ditekan.

Di Malaysia juga sering kali berlaku kejadian samun ketika di parkir dan SUV ini membolehkan mereka yang berada di tempat duduk penumpang untuk mengunci pintu semasa pemandu keluar atau dalam keadaan bahaya.

Bagi versi Rocky di Indonesia, Daihatsu turut mengguna pakai tinjauan pasaran dan rutin pengeluaran percubaan yang sama seperti di Malaysia. Model yang dibangunkan untuk pasaran Indonesia direka untuk berfungsi dengan baik walaupun di permukaan jalan raya yang kasar kerana banyak jalan di negara itu masih belum berturap.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Model tersebut mendapat sambutan yang hangat, dengan jualan mencecah 4,000 hingga 5,000 unit sebulan di Malaysia sahaja. Ia turut dieksport ke 50 pasaran baharu lain, termasuklah di Asia Tenggara dan Amerika Latin, di bawah jenama Toyota.

Tambah Ono, pembangunan model yang menggunakan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) bermula sekitar 2017. Di Jepun, Daihatsu menguasai lebih dari 90 peratus pasaran kenderaan mini tempatan dan beliau percaya mereka perlu menggunakan pengalaman tersebut untuk membezakan produknya dari pengeluar yang lain.

Kaedah pembuatan DNGA Daihatsu berjaya memainkan peranan yang besar dalam kejayaan model Rocky. DNGA membolehkan mereka menyusun atur suspensi dan komponen utama yang lain terlebih dahulu, dengan kadar perkongsian komponen sehingga 75 peratus untuk kereta kompak dan kenderaan mini.

Penggabungan barisan pengeluaran membantu syarikat mengurangkan perbelanjaan modal dan masa pembangunan sekitar 30 peratus. Sebagai pakar kereta mini, Daihatsu akan memperuntukkan komponen agi memastikan ruang dalaman kereta mencukupi terlebih dahulu.

Untuk menghasilkan kereta yang lebih besar, mereka hanya perlu membesarkan badannya tanpa perlu mengubah kedudukan komponen di dalamnya. Mereka juga boleh mengelakkan pembaziran kerana mereka akan menambah apa yang diperlukan, kemudian.

Di Malaysia, Perodua telah berjaya menguasai pasaran terbesar dalam pasaran kenderaan tempatan, kira-kira 50 peratus, tidak termasuk SUV dan kenderaan lain, menurut penganalisis pasaran MarkLines. Di Indonesia, Daihatsu menguasai hampir 20 peratus pasaran, yang kedua di belakang Toyota.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Pesaing Perodua di Malaysia, Proton telah mula menghasilkan beberapa buah model SUV mampu milik selepas pengeluar kereta China, Zhejiang Geely Holding Group memiliki 49.9 peratus pegangan dalam syarikat tersebut pada 2017.

Penguasaan pasaran Proton di Malaysia telah meningkat sehingga 22 peratus pada peratus dari 14 peratus pada 2018. Gelombang elektrifikasi telah mula tiba di Asia Tenggara dan Indonesia sedang mempertimbangkan untuk mempekenalkan cukai karbon pada 2022 untuk mengurangkan pelepasan dari kilang, kenderaan dan sumber-sumber lain.

Great Wall Motor dari China pula sedang merancang untuk membina kilang untuk kenderaan hibrid di Thailand untuk dieksport ke negara-negara jiran yang lain. Untuk kekal bersaing, Daihatsu merancang untuk menggunakan pembangunan DNGA untuk kenderaan elektrik.

Daihatsu dan Toyota juga telah menubuhkan syarikat dalaman untuk mempromosikan kenderaan kompak untuk pasaran baharu pada tahun 2017. Di bawah aturan baharu, Toyota bertanggungjawab untuk kenderaan bersaiz sederhana dan besar, manakala Daihatsu menghasilkan kenderaan kompak.

Daihatsu menghasilkan 520,000 unit kenderaan untuk pasaran luar negara pada 2019, meningkat 65 peratus dari 2014. Namun jualan luar negara di bawah jenama mereka sendiri menurun 14 peratus kepada 180,000 unit kenderaan dalam tahun yang sama.

Ini bermakna Daihatsu menjual 340,000 unit kenderaan di bawah jenama Toyota di pasaran baharu pada 2019. Daihatsu hanya menguasai 4 peratus jualan luar negara kumpulan dan mereka perlu mempercepatkan usaha untuk membangunkan kenderaan untuk pasaran baharu. Untuk itu, mereka telah merancang untuk menambah 10 model baharu menjelang tahun 2025.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply