ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu serah 22 unit Daihatsu Gran Max ‘TRUCK-PRENEUR’ kepada GIATMARA Malaysia

Views

Daihatsu (Malaysia) Sdn. Bhd. (DMSB) mencatatkan satu lagi peristiwa penting setelah menyerahkan 22 unit Daihatsu Gran Max ‘TRUCK-PRENEUR’ baharu kepada GIATMARA Malaysia dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Grand BlueWave Shah Alam. Acara tersebut telah dihadiri oleh seramai 60 orang tetamu yang mewakili kedua-dua pihak.

Majlis disempurnakan oleh wakil Daihatsu (Malaysia) Sdn. Bhd., Dr. Iqbal Shaharom, Pengarah Urusan DMSB yang telah menyerahkan replika kunci kepada En. Jamal Nasir Bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia dan disaksikan oleh En. Makoto Ogawa, Pengarah Eksekutif DMSB dan En. Azizan bin Bedin, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan GIATMARA Malaysia.

GIATMARA akan menerima unit Daihatsu Gran Max ‘TRUCK-PRENEUR’ yang dikuasakan oleh enjin 1.5-litre DVVT. Kenderaan ini bakal digunakan sebagai platform dalam membantu 22 orang usahawan tempatan, yang telah berjaya menamatkan program latihan teknikal dan vokasional yang bakal memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan masing-masing.

Menurut Dr. Iqbal Shaharom, ini merupakan sebahagian daripada inisatif  syarikat untuk memaksimakan operasi kenderaan syarikat di samping memupuk hubungan dengan syarikat kerajaan dalam membantu usahawan Malaysia secara bersama. Kolaborasi ini diharap bakal mengukuhkan jenama Daihatsu sebagai salah satu pilihan utama kenderaan komersil dalam komuniti persusahaan kecil dan sederhana di Malaysia. Daihatsu Malaysia berharap untuk dapat terus menyediakan jumlah kenderaan yang lebih besar kepada GIATMARA pada masa depan menerusi kerjasama ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply