ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua tawar bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang

Views

Perodua menawarkan bantuan kepada semua pemilik kenderaan keluarannya dalam bentuk diskaun untuk alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma bagi menentukan anggaran kerosakan pada kenderaan yang terjejas dengan bencana banjir di Pulau Pinang. Menurut Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr. Zahari Husin, pelanggan adalah keutamaan kepada syarikat dan perkhidmatan tambah nilai ini disediakan untuk membantu meringankan beban yang dihadapi oleh pelanggan semasa bencana ini.

Beberapa pusat servis Perodua di Pulau Pinang turut terjejas akibat banjir tersebut dan pelanggan dialu-alukan untuk merujuk kepada cawangan pusat servis di Juru, Prai dan Kulim untuk sebarang bantuan. Perodua juga akan melakukan yang terbaik untuk menyambung kembali operasi pusat servis di kawasan yang terjejas secepat mungkin.

Selain itu, Perodua juga menawarkan diskaun 20 peratus untuk alat ganti terpilih kepada pemilik Perodua yang terjejas akibat banjir. Semua alat ganti tulen Perodua didatangkan dengan jaminan pengeluar dan Perodua turut menyeru kepada pelanggan supaya tidak menggunakan alat ganti tiruan yang mungkin menjejaskan prsetasi kenderaan mereka.

Alat-alat ganti tersebut termasuklah barangan elektronik, karpet, kerusi kenderaan, kemasan pintu dan gasket pulih enjin. Pelanggan Perodua yang terlibat dengan banjir atau yang ingin mengetahui status penghantaran kenderaan mereka digalakkan untuk menghubungi talian bebas tol Perodua di 1-800-88-5555 untuk bantuan penundaan (menurut terma dan syarat).

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply