ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu terdedah iklan acah Rocky e:Smart Hybrid 2021 secara tak sengaja

Berita Global

Views

Laman sesawang daihatsu.co.jp baru-baru ini secara tidak sengaja mula menyiarkan iklan acah Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid yang bakal dilancarkan pada November nanti, namun ia telah pun dipadamkan.

Ada beberapa maklumat yang tertiris dan ini adalah beberapa ciri baharu yang ada pada kembar Perodua Ativa versi hibrid itu nanti.

Perubahan kosmetik adalah minima dan kita dapat melihat perbezaan pada jeriji dengan kemasan berbentuk sarang lebah, emblem Daihatsu dengan kemasan berwarna biru dan juga emblem e:Smart Hybrid di bahagian atas lengkung tayar depan.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Ia akan dijana oleh trenkuasa e:Smart, yang mengabungkan enjin 1.2 liter tiga-silinder (kod WA-VEX) yang disambungkan kepada motor elektrik.

Dikatakan kod enjin yang digunakan itu nanti sama dengan Rocky di Indonesia yang mampu menjana 88 PS dan 107 Nm daya kilas. Enjin ini juga mampu mencapai kadar keberkesanan suhu setinggi 40 peratus.

Rocky versi hibrid ini dilengkapi dengan sistem injak pintar dikenali sebagai S-PDL yang membolehkan pemandu memecut, memperlahankan, dan berhenti dengan hanya menggunakan injak pemecut sahaja.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Selain itu, untuk varian andalan ia akan dilengkapi dengan brek parkir elektrik (EPB) dan sistem bantuan pemandu yang dipertingkatkan.

Rocky hibrid juga dikatakan lebih senyap dengan tambahan penebat bunyi dibeberapa bahagian iaitu bonet depan, penutup bawah enjin, firewall, lantai serta pada bahagian fender depan dan belakang.

Menurut Creative Trend, julat harga tentatif untuk Rocky hibrid ini adalah di antara JPY 2,116,000 (RM 79,242) hingga JPY 2,350,000 (RM 88,006).

Adakah Perodua akan mengeluarkan Ativa dengan trenkuasa hibrid pada masa akan datang? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply