ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Car Malaysia lancar program jaminan alat ganti sepanjang hayat

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia hari ini melancarkan program jaminan baharu yang dikenali sebagai ‘Jaminan Alat Ganti Kereta Sepanjang Hayat untuk Pelanggan’.

Menerusi program ini, pelanggan yang telah membeli dan memasang alat ganti tulen Volvo melalui wakil pengedar sah Volvo mulai 1 Oktober 2021 layak untuk mengambil bahagian. Jaminan itu bermula pada tarikh pembelian alat ganti kereta dan sah selagi kereta tersebut berada di bawah hak milik pemilik kereta yang didaftarkan.

Sekiranya pelanggan memerlukan pembaikan atau penggantian mana-mana bahagian Volvo yang tulen kerana kerosakan bahan atau pembuatan, Volvo Car Malaysia akan membaik pulih dan mengganti alat ganti tersebut secara percuma.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Sebaliknya, pemilik model lama kereta Volvo yang tidak mengunjungi wakil pengedar Volvo lebih dari dua tahun perlu membawa kereta mereka untuk menjalani Pemeriksaan Kenderaan Volvo (Volvo Health Check).

Ini membolehkan mereka untuk layak mengambil bahagian dalam program tersebut di samping memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan tidak diubah suai dengan apa cara sekalipun.

Kemudian, pelanggan boleh membeli alat ganti di bawah program jaminan ini dan diminta untuk menghantar kereta ke mana-mana pengedar sah Volvo untuk perkhidmatan servis di masa hadapan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Program jaminan ini tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh seperti yang dinyatakan dalam manual jaminan. Pelanggan boleh menghubungi mana-mana pengedar sah Volvo untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai skop keseluruhan bahagian yang dilindungi.

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump, berkata, penawaran baharu ini adalah sebahagian dari komitmen pihaknya untuk memberikan perkhidmatan selepas jualan terbaik kepada pelanggan.

Pada Februari 2021, Volvo Car Malaysia mengumumkan lanjutan jaminan pengeluaran yang disemak semula kepada tempoh lima tahun atau perbatuan tanpa had untuk semua kereta Volvo milik persendirian yang didaftarkan mulai 1 Januari 2021 dan seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi mana-mana pengedar sah Volvo atau ikuti laman sosial rasmi Volvo Car Malaysia di Facebook dan Instagram untuk perkembangan terkini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply