ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely tak minat nak beli FCA

Views

Baru-baru ini dunia automotif sejagat digemparkan dengan berita sensasi mengenai pengeluar automotif dari negara China sedang bersiap-siaga untuk membeli kepentingan dalam Fiat Chrysler Automobiles. Sememangnya berita tersebut amat memeranjatkan dan antara nama yang disebut-sebut sebagai pembida berpotensi termasuklah Dongfeng, Geely, Great Wall, dan Guangzhou.

BACA >> FCA bakal menjadi milik China?

Terdapat banyak spekulasi mengenai siapa yang bakal menjadi pemilik baharu FCA, namun hanya kedengan satu sahaja syarikat yang dikatakan tidak berminat. Bercakap kepada pemberita, Pengarah Eksekutif Geely, Gui Shengyue berkata, mereka langsung tidak mempunyai perancangan mengenai perkara tersebut. Walaubagaimanapun, beliau tidak menolak idea tersebut secara mutlak dan berkata cadangan tersebut bakal menjadi langkah yang baik untuk pengeluar kenderaan yang lain kerana ia akan mempercepatkan pembangunan produk mereka.

Walaupun menafikan perkara tersebut, ada sumber telah memberitahu Reuters yang syarikat tersebut telahpun mengadakan perbincangan dengan FCA tahun lalu namun apa yang telah dibincangkan masih lagi samar. Geely mungkin berminat untuk membeli FCA pada masa itu tetapi syarikat tersebut kini sedang menumpukan perhatian mereka kepada Proton.

Jika ia benar, hanya Great Wall dan Guangzhou sahaja yang tinggal untuk membuat tawaran, namun ia dijangka bakal menerima tentangan hebat dari Amerika Syarikat. Penganalisis meramalkan, FCA mungkin bernilai sekitar $20 billion tetapi perjanjian tersebut perlu merangkumi segala-galanya daripada pembelian sepenuhnya kepada pengambilalihan beberapa jenama seperti Jeep atau Ram.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply