ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Demak SMV Eco 3 – Pengedar rasmi belum dilantik, netizen dinasihatkan supaya jangan buat sebarang bayaran deposit!

Views

Nampaknya ada yang mula mengambil kesempatan. Berikutan tularnya beberapa perkongsian dari laman sosial daripada individu yang mula mengambil tempahan dan wang deposit model motosikal beroda tiga Demak SMV Eco 3, pihak Demak Motors tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut menerusi laman Facebook rasmi mereka. Berikut adalah kenyataan tersebut:

Nama Model: SMV Eco 3

  1. Eco 3 belum lagi sedia untuk jualan.
  2. Eco 3 masih menunggu Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA).
  3. Tiada pengedar rasmi dilantik/dibenar membuat sebarang pengiklanan tanpa kebenaran Demak Marketing Sdn Bhd untuk menjual Eco 3 – ‘JANGAN MEMBAYAR SEBARANG DEPOSIT!’
  4. Jangkaan masa mula dijual – Selepas Hari Raya Aidilfitri 2018.

Kami berharap mereka yang terlibat agar segera menghentikan perbuatan tersebut dan diharapkan netizen yang nampaknya amat teruja dengan model tersebut, diminta supaya berhati-hati dan tidak membuat sebarang bayaran deposit kepada individu terbabit. Kami dan pihak Demak Motors akan sentiasa memberi maklumat terkini mengenai model tersebut dari semasa ke semasa.

BACA >> Demak ECO 3 belum dibuka untuk tempahan, masih tunggu kelulusan dari JPJ

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply