ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daimler tayang iklan acah terbaharu Mercedes-Benz A-Class

Views

Sempena dengan pengenalan pertama globalnya yang dijangka pada 2 Februari ini di Amsterdam, Daimler merancakkan lagi kedatangan generas terbaharu Mercedes-Benz A-Class dengan memuat naik iklan acah terbaharu. Walaupun masih samar-samar, tapi kami telah edit sedikit foto asal supaya kita boleh melihat bayang rekabentuknya yang kini nampak lebih agresif berbanding model sebelumnya.

Jelas sekali, rekaan model ini mengambil inspirasi dari model Concept A Sedan dan generasi terkini CLS. Wajah baharu A-Class kini semakin garang dengan rekaan lampu hadapan berbentuk segitiga yang menirus ke bawah terus ke jeriji utama yang kelihatan lebih lebar. Sepasang corong kemasukan udara dan lampu nyalaan siang LED turut kelihatan pada lampu hadapan.

Model ini dijangka menerima beberapa pilihan enjin, tujuh versi petrol dan empat versi diesel (bergantung pada pasaran), dan ini termasuklah penjana kuasa berkapasiti 1.3-liter yang dibangunkan bersama dengan Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi. Selain itu, enjin 1.5-liter juga semakin hampir untuk dikeluarkan.

Penjana kuasa alternatif seperti plug-in hybrid dan elektrik juga sedang dibangunkan dan mungkin digunakan pada model AMG A35 dan versi paling tinggi AMG A45, yang mampu menjana lebih 400 kuasa kuda! A-Class baharu juga bakal dipertontonkan semasa Geneva Motor Show 2018 pada bulan Mac nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply