ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dendam sebab kena baling selipar, sampai tujuh kali nombor plat kereta dicuri monyet

Tular

Views
@hhtysmDah 7 kali dia curi no plate kereta, jumpa serpihan2 dekat hutan belakang 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ ##monkey ##fypシ ##fypdongggggggg ##monkey ##fypgakni♬ original sound – W

Dendam kerana pernah dibaling selipar dipercayai menjadi punca nombor plat kenderaan seorang wanita dicuri oleh seekor monyet berhampiran rumahnya sebanyak tujuh kali.

K! ONLINE melaporkan, kegiatan monyet itu yang berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) pemilik kenderaan berkenaan turut dikongsi di laman TikTok, @hhtysm dan mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata terhibur dengan kepintaran haiwan tersebut.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Di dalam dua buah video yang kini tular, jelas kelihatan seekor monyet sedang menarik nombor plat sebuah kereta berwarna merah sehingga tercabut sebelum dibawa lari masuk ke dalam hutan.

Menurut wanita itu, kejadian tersebut sudah berlaku sebanyak tujuh kali dan usaha mendapatkan nombor plat itu sering gagal, malah dia hanya terjumpa sisa-sisa serpihan nombor plat sahaja di belakang rumah.

Katanya, dalam rakaman CCTV ini, dia tidak pasti ini cubaan kali keberapa monyet itu mencuri nombor plat keretanya. Namun ia gagal kerana ibunya menyergah monyet berkenaan kerana secara kebetulan terlihat kelibat haiwan tersebut.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna TikTok terhibur dengan tindakan haiwan tersebut selain ada yang mengatakan perkara itu berlaku kerana monyet itu mempunyai dendam dengan pemilik kenderaan berkenaan.

Perkara itu bagaimanapun turut dipersetujui oleh wanita tersebut yang mengaku pernah membaling selipar ke arah monyet berkenaan sehingga terkena kepalanya. Tambahnya, mungkin monyet itu berdendam disebabkan kejadian tersebut.

Di dalam video terakhir, wanita itu turut berkongsi mengenai ikhtiar terakhir yang dilakukan supaya monyet tersebut tidak lagi mencuri nombor plat kenderaan berkenaan dengan memasang skru yang lebih besar pada nombor plat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply