ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua anggota polis maut kejar suspek lumba haram

Berita Tempatan

Views

Dua anggota polis lelaki yang menjalankan operasi samseng jalanan maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 24.4 Lebuhraya Silk arah Kajang ke Putrajaya, awal pagi tadi.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian 1.30 pagi itu berlaku apabila seorang anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berpangkat Sarjan menunggang motosikal dari arah Kajang ke Putrajaya.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebaik tiba di lokasi kejadian beliau bertembung dengan motosikal ditunggang anggota polis dari Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D4 IPD Kajang berpangkat Konstabel.

Kedua-dua mangsa adalah anggota dari IPD Kajang yang sedang bersama-sama melakukan tugas Operasi Samseng Jalanan. Katanya, ketika kejadian mangsa sedang mengejar suspek lumba haram.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Mohd Zaid berkata,lokasi kejadian adalah laluan yang sering digunakan oleh samseng jalanan untuk berlumba. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk urusan bedah siasat.

Tambah beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply