ARKIB

KATEGORI

Buletin

DHCV lancar operasi CKD kenderaan Tata Motors di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Berikutan kejayaan model Tata Super Ace dan pelbagai model trak Tata Ultra tahun lalu, DRB-HICOM Commercial Vehicles Sdn. Bhd. (DHCV), pengedar sah kenderaan Tata Motors di Malaysia dengan Tata Motors Limited (Tata Motors) melancarkan operasi pemasangan tempatan (CKD) untuk kenderaan di bawah jenama tersebut.

Model pertama hasil operasi CKD ini merupakan Tata Super Ace dan Tata Ultra 814 (7,500kg); dan lori 1014 (10,400kg). Pelancaran ini merupakan langkah strategik untuk merangsangkan jualan dan penguasaan pasaran bagi rangkaian produk Tata Motors terutamanya dalam segmen pikap kecil dan trak ringan di Malaysia.

Bercakap pada majlis pelancaran ini, Ketua Pegawai Operasi DHCV Mohd Syahrul Yusuf berkata pemasangan tempatan adalah selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mempromosikan ekosistem pembekal, sambil mewujudkan peluang pekerjaan dan membangunkan kemahiran baharu.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!

Sambutan mengalakkan terhadap produk-produk Tata di Malaysia membolehkan mereka mempercepatkan pemasangan tempatan ketiga-tiga model ini. Antara maklum balas positif yang diterima daripada pelanggan adalah kos penyelenggaraan trak Tata adalah rendah dan prestasi yang kompetitif dari segi ketahanan dan keselamatan.

Ketua Kenderaan Komersil Tata Motors, Perniagaan Antarabangsa, Rudrarup Maitra berkata, mereka gembira untuk mengumumkan pelancaran operasi pemasangan ke-9nya di luar India. Melalui operasi CKD, mereka bersedia untuk menjadi rakan kongsi DHCV dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan meneroka lebih banyak potensi perniagaan terutama dalam sektor awam.

JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

Untuk memacu perkembangan dalam segmen jualan dan pasaran, DHCV dan Tata Motors berhasrat untuk melancarkan kempen pemasaran secara menyeluruh di semua rangkaian media. Rangkaian produk terkini kenderaan komersial Tata Motors mempunyai teknologi yang direka untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan prestasi yang unggul, kabin bertaraf dunia, kapasiti beban yang tinggi dan konfigurasi beban badan yang fleksibel.

Pelancaran model baharu pada 2018, peningkatan rangkaian dan pelancaran trak-trak pemasangan tempatan menguatkan lagi komitmen Tata Motors dan DHCV untuk menjadi pengeluar berkaliber dalam segmen kenderaan komersil di Malaysia.

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply