ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nak makan malam bersama Izzue Islam dan Amyra Rosli? Jom pandu uji kereta Mitsubishi sehingga 2 Jun ini!

Berita Tempatan

Views

Sempena ketibaan Hari Raya, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini sedang mengadakan peraduan 4Sure Best Raya sehingga 2 Jun ini. Sepuluh (10) pemenang bertuah yang memandu uji mana-mana kereta Mitsubishi di bilik pameran Mitsubishi Motors berpeluang untuk makan malam bersama selebriti, Izzue Islam dan Amyra Rosli.

Untuk mengambil bahagian, anda hanya perlu mengisi borang pandu uji secara atas talian menerusi pautan ini. Kemudian, pengedar sah Mitsubishi Motors akan menetapkan temu janji bersama peserta. Mereka perlu menghabiskan pandu uji mana-mana model Mitsubishi Motors untuk memenangi hadiah tersebut.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!

Para pemenang akan diumumkan pada 10 Jun di laman Facebook rasmi MMM,  dan mereka akan turut dimaklumkan menerusi panggilan telefon. Majlis makan malam tersbut akan diadakan pada 22 Jun dan lokasinya akan diumumkan kepada pemenang kelak. Layari laman sesawang rasmi MMM untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM Tomoyuki Shinnishi berkata, mereka telah memilih Izzue Islam dan Amyra Rosli untuk kempen 4Sure Best Raya kerana Izzue merupakan antara aktor terkenal di Malaysia dan juga pemilik Triton.

Amyra pula merupakan aktres yang bersifat kekeluargaan, di mana menjadikan keselamatan keutamaan keluarga. Ia secara tidak langsung mempunyai persamaan dengan model kenderaan 7-tempat duduk Outlander yang amat mementingkan ciri-ciri keselamatan.

JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

Selain itu, promosi Mitsubishi Motors Raya akan diadakan sehingga 30 Jun, antara yang ditawarkan adalah:

NoVarian ModelHarga OTR tanpa insurans termasuk SST (RM) di Semenanjung MalaysiaRebat Tunai (RM)Waranti
1Outlander 2.0L137, 888.006,000Lima tahun waranti/tanpa had perbatuan
2Outlander 2.4L152, 888.006,000
3ASX 4WD133, 336.0812,000
4ASX 2WD118, 866.008,000
5Triton VGT Adventure X135,200.006,000Kesemua varian Triton didatangkan dengan lima tahun waranti atau 200,000km
6Triton VGT AT Premium118,600.006,000
7Triton VGT AT105,990.006,000
8Triton VGT MT Premium112,500.006,000
9Triton VGT MT100,200.006,000

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply