ARKIB

KATEGORI

Buletin

DHL Express tambah armada EV – Terima 44 van elektrik CAM EA4, Foton iBlue dan 7 skuter elektrik Blueshark R1

Berita Tempatan

Views

DHL Express baru-baru ini telah menerima sebanyak 44 buah van elektrik dan tujuh 7 skuter elektrik, sekali gus menambah kekuatan armada kenderaan tenaga baharunya (NEV) di Malaysia.

Syarikat tersebut muncul sebagai yang pertama di negara ini untuk menggunakan kenderaan elektrik sejak Oktober 2022.

Skuter elektrik pintar Blueshark R1 akan digunakan untuk mengambil dan menghantar dokumen dan barangan kecil, selain menawarkan sokongan penghantaran ‘ad-hoc‘ untuk surat-menyurat kerajaan.

Penghantar barangan akan mula menggunakan skuter elektrik ini di laluan operasi mereka di Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka, dan Ipoh.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Ia dilengkapi dwi-bateri 2.88kWj yang membolehkan jarak tunggang 110 kilometer (NEDC) dengan tempoh pengecasan hanya 3.5 jam yang menyokong mana-mana sumber kuasa 220 hingga 240V.

Selain itu, sebanyak 44 buah van elektrik telah ditambah, menjadikannya kepada 54 buah yang akan memperluaskan liputan ke negeri lain seluruh negara di luar Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor.

Van elektrik tersebut adalah dari jenis CAM EA4 dan Foton iBlue, sekali gus melengkapkan unit CAM EC35 sedia ada.

Syarikat tersebut merancang untuk menukar sebanyak 23 peratus daripada semua kenderaan penghantaran jarak jauhnya di Malaysia kepada elektrik, menjelang akhir 2024.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Ini akan meletakkan DHL Express Malaysia di landasan tepat untuk mencapai sasaran Seluruh Kumpulan iaitu 60 peratus armada elektrik menjelang 2030.

Armada elektrifikasi merupakan langkah pengurangan karbon utama bagi Pelan Hala Tuju Kelestarian Kumpulan DHL kerana mereka telah melabur sebanyak EUR 7 bilion dalam dekad semasa dalam laluan ke pelepasan karbon bersih-sifar.

Syarikat itu kini mempunyai sebanyak 29,200 EV yang beroperasi merentasi rangkaian antarabangsanya, di mana 27,800 daripadanya terlibat dalam pengambilan dan penghantaran.

Menurut Naib Presiden Operasi, DHL Express Malaysia, Thushan Gooneratne, strategi penyahkarbonan syarikat mampu memastikan merekai melintasi setiap perbatuan secara bertanggungjawab.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply