Kerajaan akan melaksanakan pemberian diskaun tol 50 peratus sepanjang musim perayaan tahun ini. Perkara itu dimaklumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, selepas Kabinet memutuskan tiada lagi kemudahan tol percuma diberikan kepada pengguna jalan raya bagi musim perayaan tahun ini.
“Tahun lalu, memang Kabinet telah memutuskan untuk selaraskan pemberian subsidi supaya lebih tersasar kepada mereka yang memerlukan bantuan.
“Jadi, keputusan itu memang tetap dan tak ada lagi pada tahun ini (tol percuma). Seperti sedia maklum, minggu lepas Tahun Baharu Cina bukan diberi tol percuma, tetapi diskaun 50 peratus.
“Disebabkan itu, untuk Aidilfitri dan perayaan lain (sepanjang) tahun ini kita akan buat diskaun 50 peratus,” katanya.
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu lawatan ke lokasi tapak pembinaan jejantas laluan motosikal dan pejalan kaki berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Leman, di Sabak Bernam hari ini.
Sebelum ini, kerajaan bersetuju memberi potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Tahun Baharu Cina.
Nanta Linggi dilapor berkata, potongan tol dilaksanakan bermula jam 12.01 tengah malam 27 Januari dan berakhir jam 11.59 malam 28 Januari bagi kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja.
Keputusan itu, katanya ditetapkan dalam mesyuarat Kabinet pada 24 Januari lalu membabitkan implikasi kewangan ditanggung kerajaan berjumlah RM20.08 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
Ia dilaksanakan di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
Dalam perkembangan sama, Nanta Linggi memaklumkan Kabinet boleh memutuskan dalam soal berkaitan kemudahan diskaun tol 50 peratus untuk musim perayaaan dan bertukar pandangan mengikut keperluan.
“Semua tol dibiayai oleh kerajaan dan bukannya dibiayai syarikat konsesi. Saya berharap rakyat tahu akan perkara ini (duit rakyat dibelanjakan).
“Kalau tol percuma, kita menggunakan lebih RM100 juta setahun. Jika diskaun 50 peratus, kira-kira RM 80 juta kerajaan akan bayar kepada syarikat konsesi dan penjimatan ini boleh digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan,” katanya. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Kementerian Kerja Raya Malaysia
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI