ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan beri diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina

Berita Tempatan

Views

Kerajaan hari ini bersetuju memberi potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Tahun Baharu Cina.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata keputusan ditetapkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, membabitkan implikasi kewangan ditanggung kerajaan berjumlah RM20.08 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol.

Beliau berkata, potongan tol akan dilaksanakan bermula pada jam 12.01 tengah malam 27 Januari (Isnin) dan berakhir jam 11.59 malam 28 Januari bagi kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja.

Katanya, ia dilaksanakan di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

“Pengumuman saya sebelum ini berkenaan pemberian tol percuma musim perayaan yang sepatutnya berakhir pada perayaan Krismas 2024 adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 20 Disember lalu.

“Namun mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju memberikan diskaun tol 50 peratus sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

“Ia selaras agenda kerajaan MADANI dalam menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat yang didukung kedudukan kewangan kerajaan yang kukuh hasil program rasionalisasi subsidi serta peningkatan pelaburan dan perdagangan.

“Pemberian ini adalah kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang sekian kalinya diberikan Kerajaan MADANI bagi keempat-empat musim perayaan utama di Semenanjung sejak 2023,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sejak 2023, Alexander berkata, kerajaan membelanjakan RM356.18 juta sebagai pampasan bagi pelaksanaan bantuan tol percuma musim perayaan hingga tahun lalu.

Beliau berkata, semua pengguna lebuh raya diharap memanfaatkan pengurangan kadar tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan bagi mengelak kesesakan lalu lintas semasa cuti panjang ini.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

“Pengguna disaran memuat turun aplikasi MYPLUS-TTA di PLUS App (Official) untuk mendapatkan cadangan jadual waktu perjalanan (TTA) bagi meningkatkan aspek keselamatan pemanduan.

“Pengguna lorong ‘smart lane‘ diminta memberi isyarat awal sebelum memasuki laluan itu yang diaktifkan, selain memandu dengan kelajuan yang ditetapkan dan peka dengan keadaan sekeliling,” katanya.

Beliau berkata, pengguna turut disaran menyemak status trafik semasa atau insiden di lebuh raya yang dikemas kini melalui media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia, di aplikasi X (@LLMtrafik) serta di TikTok (@llmtrafik).

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan sedang memperincikan pendekatan lebih bersasar untuk pemberian tol percuma pada musim perayaan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu selaras usaha penyelarasan subsidi sebelum ini, yang menumpukan bantuan kepada golongan B40 dan M40, tanpa membabitkan semua pihak secara menyeluruh. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kementerian Kerja Raya Malaysia

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply