ARKIB

KATEGORI

Buletin

Trak tunda angkut Toyota Alphard disumbat dengan dadah ditahan

Berita Tempatan

Views

Cubaan sindiket dadah menggunakan trak tunda untuk menunda kenderaan mewah Toyota Alphard yang memuatkan dadah bernilai lebih RM23 juta di dalamnya gagal mengaburi mata pihak berkuasa.

Harian Metro melaporkan, trak tunda dinaiki dua beranak berusia 27 dan 58 tahun berasal dari Ketereh, Kelantan itu ditahan polis dalam Ops Tapis di Kilometer 7, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, jam 6 petang kelmarin selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN) Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman, berkata pemeriksaan lanjut dalam kenderaan mewah itu menemukan 447 bungkusan dadah bernilai RM23,728,850.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Pihaknya menemukan methamphetamine seberat 403,705 gram bernilai RM20,185,250 diletakkan dalam 404 bungkusan dan ketamin seberat 44,295 gram bernilai RM3,543,600 diisi dalam 43 bungkusan.

Tambah beliau, pihaknya juga merampas wang tunai berjumlah RM19,672 dan kedua-dua suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik. Mengulas lanjut, Anuar berkata, ketika ditahan, pemandu trak tunda itu menyerahkan kunci Toyota Alphard kepada anggota polis namun tidak dapat membuka pintunya.

Semakan lanjut dalam sistem PDRM mendapati kenderaan itu didaftarkan atas kereta jenis Proton Preve. Anggota polis kemudian menghubungi tukang kunci untuk membuka pintu hadapan kenderaan itu sebelum menemukan dadah di bahagian belakang Toyota Alphard itu.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Katanya, kedua-dua beranak itu tidak mengaku dadah berkenaan milik mereka malah mendakwa tidak tahu apa yang ada dalam kenderaan mewah itu.

Si anak yang juga pemandu trak tunda itu mendakwa menerima panggilan daripada lelaki tidak dikenali yang mahu menggunakan perkhidmatan trak tunda mereka dengan bayaran RM1,200 untuk dihantar ke Kuala Kangsar.

Lelaki terbabit mengarahkan dua beranak itu untuk pergi ke Jalan Lubuk Jong, Pasir Mas, Kelantan sebelum menyerahkan bayaran dan kenderaan itu untuk dihantar ke Kuala Kangsar. Dua beranak itu juga tidak mengeluarkan sebarang resit selain mengambil butiran lelaki terbabit.

Anuar berkata, siasatan terhadap kedua-dua suspek akan diteruskan lagi bagi mendapat maklumat lanjut berkaitan kegiatan sendiket pengedaran dadah itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit IPD Gerik

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply