ARKIB

KATEGORI

Buletin

CNSA siar video dan imej baharu planet Marikh

Berita Global

Views

Jabatan Pentadbiran Angkasa China (CNSA) pada Ahad menyiarkan video dan foto baharu planet Marikh selepas kapal angkasa negara itu, Tianwen-1, mendarat dan menjelajah planet berkenaan.

Menurut Astro AWANI, video itu turut menunjukkan kenderaan perayau (rover) China, Zhurong, mendarat di Marikh bersama payung terjunnya dan turun serta bergerak ke permukaan dataran planet merah itu.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Foto yang disiarkan pula menunjukkan landskap Marikh dan bekas laluan yang ditinggalkan oleh perayau. Kapal angkasa Tianwen-1 meninggalkan orbit dan memasuki ruang udara Marikh untuk beroperasi selama 338 hari.

Untuk rekod, jarak antara bumi dengan planet Marikh adalah kira-kira 360 juta kilometer. Perayau Zhurong kini sudah menjelajah selama 42 hari dan meneroka sejauh 236 meter.

Perayau robot itu, yang dilengkapi enam roda, bertenaga solar dan dengan berat sekitar 240 kilogram, akan meneruskan pergerakan, pengesanan dan misi penerokaan saintifik sebagaimana dirancang.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Kapal angkasa Tianwen-1 akan terus berada di orbit yang menyampaikan komunikasi bagi dengan perayau peneroka dalam penjelajahan saintifik, sambil melakukan operasi pengesanan saintifiknya sendiri.

Mei lalu, Zhurong berjaya mendarat di Marikh, satu kejayaan yang merancakkan lagi cita-cita penerokaan ruang angkasa oleh Beijing. Ia juga bakal mencatat sejarah buat negara itu dalam misi pertama ke planet berkenaan.

Dengan kejayaan terbaharu itu, ia menjadikan China sebagai negara pertama berjaya melakukan operasi mengorbit, pendaratan dan penerokaan ketika misi pertama negara itu ke Marikh. Ia adalah prestasi yang tidak dapat ditandingi Amerika Syarikat dan Rusia dalam menjejaki planet merah.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit CNSA

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply