Rapid KL menerusi satu hantaran terbaharu di laman Facebooknya, memaklumkan dua set tren pertama di bawah projek ‘Kuala Lumpur Additional Vehicles 27’ (KLAV27) telah menyertai operasi harian Rapid KL LRT Laluan Kelana Jaya selepas selesai menjalani sesi ujian dan pentauliahan serta mendapat permit kelulusan beroperasi daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Tren yang bernombor 192 dan 193 itu, telah mula digunakan semalam dalam operasi laluan rel urban negara yang paling sibuk. Kedua-dua tren set empat-gerabak model Bombardier Innovia Metro 300 yang baharu ini dilengkapi dengan beberapa ciri penambahbaikan, berbanding 14 unit set tren model sama, yang digunakan sejak 2018 dan diperolehi di bawah inisiatif KLAV14.
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
Menurut satu kenyataan media Rapid KL hari ini, kesemua 27 set tren yang diperolehi di bawah projek KLAV27, yang secara keseluruhan bernilai RM1.7 bilion, dilengkapi dengan beberapa ciri penambahbaikan termasuk dalam sistem brek, sistem pintu penumpang, sistem pengurusan tren, sistem kuasa sokongan (auxialiary), dan pengenalan ‘Digital Route Map Display’.
Ini adalah sebahagian daripada Sistem Informasi Penumpang yang diintegrasikan dengan sistem pintu, yang sebelum ini menggunakan jenis LED. Setakat ini, lapan set tren KLAV27 sudahpun berada di Depoh LRT Laluan Kelana Jaya di Subang termasuk dua yang memasuki operasi harian semalam.
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
Enam yang lain masih dalam pelbagai peringkat ujian, pentauliahan dan kelulusan daripada APAD sebelum disuntik masuk perkhidmatan harian. Ujian sistem brek, ujian kuasa tarikan tren (train traction power) serta ujian tanpa gagal (fault free run) adalah antara siri-siri ujian atau pentauliahan yang telah dilalui oleh tren-tren ini sebelum diluluskan oleh APAD.
Untuk perjalanan mudah dan lancar bersama Rapid KL, para pengguna digalakkan untuk merancang perjalanan mereka dengan lebih mudah, dengan menggunakan aplikasi PULSE yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Rapid KL
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
KOMEN TERKINI