ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua dron perang baharu buatan China bikin Amerika Syarikat dan sekutu gerun

Berita Global

Views

China memperkenalkan dua senjata baharu berbentuk dron yang tidak boleh dikesan kapal selam serta mampu memusnahkan sasaran musuh termasuk dari Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Menurut K! ONLINE, dron elektronik digelar CH-6 itu bakal menjadikan aktiviti serang hendap lebih tepat serta mengenai sasaran, terutamanya di kawasan Laut China Selatan, sekali gus menimbulkan kebimbangan pakar tentera barat.

CH-6 akan meningkatkan kemampuan intipan dan serangan China terhadap pangkalan tentera AS dan sekutunya yang beroperasi di wilayah Indo-Pasifik.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Selain itu, dron yang merupakan satu daripada dua senjata baharu yang dilancarkan di pameran udara terbesar di Zhuhai, selatan Guangdong, baru-baru ini berupaya mengancam latihan ketenteraan AS di seluruh Lautan Pasifik.

Senjata yang dikembangkan oleh Perbadanan Sains Aeroangkasa dan Teknologi China itu mampu diterbangkan selama 20 jam pada ketinggian 15,240 meter (m) dengan kelajuan 724 kilometer (km) sejam dan capaian jarak sekitar 14,484 km.

Dron itu juga dikatakan akan mengubah cara tradisional pelepasan peluru berpandu di dasar laut ke peringkat moden iaitu menerusi udara dengan sasaran ledakan bom yang lebih tepat.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

CH-6 yang memiliki lebar sayap 20.5 m dan sepanjang 15 m juga dapat melepaskan peluru berpandu kecil dan sederhana serta peluru berpandu anti-radiasi.

Selain CH-6, China turut menghasilkan sebuah lagi dron berteknologi tinggi iaitu WZ-7 yang direka untuk menjalankan misi risikan termasuk pengawasan sempadan dan rondaan maritim.

WZ-7 mempunyai reka bentuk sayap tandem dengan saiz yang lebih besar, dilengkapi kemampuan tempoh masa terbang lebih panjang. Dron itu mempunyai lebar sayap 24 m dan sepanjang 14 m, menjadikannya salah satu dron terbesar di China.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Straits Times

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply