ARKIB

KATEGORI

Buletin

ACO Tech lancar sistem infohibur kenderaan terkini ATLAS

Berita Tempatan

Views

ACO Tech, peneraju dalam mobiliti pintar di Asia Tenggara hari ini memperkenalkan teknologi generasi baharu sistem infohibur kenderaan yang dikenali sebagai ATLAS (ACO Tech Local Automotive Services).

Sistem dibangunkan dan diketuai sepenuhnya oleh pasukan dari Malaysia ini disokong oleh aplikasi mudah alih percuma ATLAS Auto dengan ciri yang mengutamakan aspek mobiliti, kemudahan serta kawalan.

ATLAS membawa hubungan di antara pemandu dengan kenderaan ke arah masa depan yang intuitif. Kuasa sistem berkenaan direka untuk memenuhi keperluan dan kecenderungan gaya hidup rakyat Malaysia yang berbeza-beza.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Antara ciri-ciri ATLAS termasuklah:

  • ATLAS disepadukan dengan platform muzik JOOX serta aplikasi hiburan dan gaya hidup SYOK.
  • Pembantu suara yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan mampu mengenalpasti sebutan Bahasa Inggeris rakyat Malaysia dalam nada dan kelajuan berbeza. Notifikasi pintarnya akan memberi amaran kepada pemandu jika berlaku cuaca yang melampau atau ia mengesan tayar kenderaan pancit.
  • Sistem navigasi ATLAS Map yang menyokong maklumat trafik pada masa sebenar dan ciri-ciri berkaitan keselamatan. Pemandu juga masih boleh menerima navigasi di kawasan yang kurang liputan internet dan GPS kerana ia disokong oleh data peta secara luar talian.
  • Ciri ATLAS Pay yang merupakan satu sistem pembayaran dalam talian di dalam kenderaan pertama di Malaysia, dikuasakan oleh rakan fintech, Fass Payment Solutions (Fasspay). Ia boleh didapati menerusi aplikasi mudah alih ATLAS Auto dan akan disepadukan dengan sistem infohibur kenderaan pada separuh pertama 2022.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

  • ATLAS didatangkan bersama satu aplikasi mudah alih, ATLAS Auto yang menghubungkan pemandu dengan kenderaan. Ia menawarkan beberapa ciri nilai tambah seperti ATLAS Mall, ATLAS Discover dan ATLAS Vehicle.

Aplikasi ATLAS Auto boleh dimuat turun secara percuma daripada Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery pada suku keempat (Q4) 2021. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech, Li Pu, pihaknya telah melabur sebanyak RM30 juta bagi tujuan penyelidikan, pembangunan dan pengenalan ATLAS.

Tambah beliau, pihaknya percaya ia akan menjadi asas kepada pengalaman pengguna automotif pada masa depan selain merintis kepada kenderaan swapandu di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari https://acotech.my/.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply