ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki Jimny kembali! Satu varian sahaja, harga dari RM168,900

Berita Tempatan

Views
JIMNY | "Nobody But Jimny" | Suzuki

Model ikonik, Suzuki Jimny hari ini secara rasminya membuat kemunculan semula di bumi Malaysia. Model yang memasuki generasi keempat itu mula diperkenalkan pada 1970 dan merupakan ‘karya agung’ Suzuki dalam teknologi pacuan empat roda (4WD).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Sdn Bhd. Datuk Nik Hamdam Nik Hassan berkata, pihaknya amat gembira untuk memperkenalkan generasi keempat Suzuki Jimny di Malaysia buat julung kalinya.

Beliau turut yakin varian andalan yang ditawarkan ini akan memikat hati para pelanggan dengan rekaan yang klasik dan prestasi off-road yang unggul. Jimny serba baharu kini lebih praktikal dari segi penampilan dan prestasi namun masih mengekal DNA asalnya iaitu kecil, ringan dan kenderaan 4WD yang berkeupayaan tinggi.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Model yang diimport sepenuhnya secara siap bina (CBU) dari Jepun ini dijana oleh enjin 1.5L petrol yang digandingkan dengan transmisi automatik 4-kelajuan dan mampu menghasilkan 100 kuasa kuda dengan 130Nm daya kilas.

Daya pacuannya pula dihantar kepada roda hadapan dan belakang menerusi sistem ‘ALLGRIP PRO’.  Jimny dibina dari asas kerangka tangga (ladder frame) dan dilengkapi dengan suspensi gandar tegar 3-pautan dengan pegas gegelung, lega tanah dengan ketinggian 210mm dan beratnya hanya 1,095kg.

Ruang kabinnya masih mengekalkan konfigurasi 4-tempat duduk klasik dengan tempat duduk hadapan lebih lebar selain ruang kepala dan kaki yang dipertingkatkan. Tempat duduk belakangnya pula boleh dilipat rata, sekali gus menawarkan tambahan sehingga 830 liter ruang bagasi.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Antara ciri lain di ruang kabin adalah butang kawalan pendingin hawa digital, stereng pelbagai fungsi dibaluti kulit dan sistem infohibur yang menyokong Apple CarPlay dan Bluetooth. Ciri keselamatan Jimny turut dipetingkat berdasarkan konsep Total Effective Control Technology (TECT).

Struktur badannya kini lebih cekap menyerap dan menyebarkan kekuatan hentaman sekiranya berlaku perlanggaran dan mengurangkan kecederaan pada pejalan kaki. Ia turut dilengkapi dengan Program Kestabilan Elektronik (ESP) dan cagak ISOFIX.

Model ini didatangkan dengan empat pilihan warna, iaitu Kinetic Yellow dan Bluish Black Pearl 3 (dwitona), Jungle Green, Medium Grey dan Bluish Black Pearl 3. Harga yang ditawarkan adalah pada RM 168,900 (atas jalan tanpa SST).

Mereka yang berminat boleh melihat Jimny dengan lebih dekat di bilik pameran andalan Suzuki 3S yang terletak di Naza Automall, Petaling Jaya. Pelanggan juga boleh membuat pembelian cenderahati kegemaran mereka di sana dan mengetahui sejarah Suzuki di ruang penyerahan. Hubungi talian 03-7952 7017 untuk menempah slot pandu uji atau layari www.suzukimalaysia.com untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply