ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ducati Malaysia muncul pemenang berganda di Pameran Motosikal Antarabangsa (EICMA) , Milan

Views

DSC_001

Ducati Malaysia (Next Bike Sdn Bhd), sebuah syarikat di bawah konglomerat nasional Kumpulan NAZA, telah dinamakan pemenang ‘Acara Terbaik 2012’ dan ‘Jualan Terbaik 2012’ kategori di Pameran Motosikal Antarabangsa (EICMA) ke-70 di Milan, Itali. Pameran EICMA 2012 telah diadakan dari 15 – 18 November, menyaksikan penyertaan 1046 jenama dari 35 negara yang berbeza.

Ducati juga memilih majlis itu untuk mempertontonkan beberapa model dari pelbagai produk 2013. Anugerah ini telah disampaikan semasa Ducati World Dealer Conference, yang diadakan bersempena dengan EICMA, di mana Ducati juga melancarkan model terbaru untuk 2013. Ducati Malaysia telah berjaya memenangi 2 daripada 4 anugerah untuk kategori Asia Pasifik.

Cristiano Silei, Naib Presiden Jualan Global Ducati Motor Holding dan Mirko Bordiga, Ketua Pegawai Eksekutif Ducati Asia Pasifik telah menyerahkan dua anugerah tersebut kepada Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza semasa lawatan khas mereka ke Malaysia baru-baru ini.

Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza berkata; “Ducati Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang konsisten dalam jualan dan kesetiaan pasukan mahir kami memastikan Ducatisti di Malaysia dan seluruh rantau ini disediakan dengan program gaya hidup yang bertaraf dunia. Kedua-dua anugerah menunjukkan bahawa komitmen kami kepada kejayaan jenama ini di Malaysia adalah lebih kuat berbanding sebelumnyai dan kami bersyukur bahawa usaha kita telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. “

iklan side bar salesman

IKLAN : Nak beli kereta? Cari jurujual berhampiran anda di sini!!!

IKLAN : Proton Inspira model 2010 untuk dijual, RM 68 000!!!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply