ARKIB

KATEGORI

Buletin

EKSLUSIF : Lakaran awal Proton Suprima S!

Views

suprima sketch 1

Inilah sebahagian daripada beberapa lakaran awal Proton Suprima S yang telah diberikan oleh laman Facebook rasmi Proton Holdings Berhad kepada saya khas buat tatapan pembaca setia Funtasticko.net. Terima kasih diucapkan kepada PROTON|design kerana kerjasama mereka memberi kebenaran kepada saya memuat naik lakaran yang beresolusi lebih tinggi. Jika diperhatikan salah satu daripada lakaran di atas mempunyai iras SUV Europestar T5 yang diperkenalkan di China tahun lalu.

suprima sketch 2

Lakaran ini pula nampak seperti Ford Fiesta dan Focus terutama  sekali rekaan di bahagian belakang. Namun sayangnya ia tidak diterjemahkan kepada produk sebenar. Bayangkan jika Suprima S mengikut lakaran ini pastinya ia tampak lebih menyerlah kan? Bumper depan pada lakaran di atas juga lebih sporty dan sesuai jika dijadikan sebagai facelift nanti.

suprima s gt

Illustrasi digital Suprima S GTX Concept pula memberi gambaran versi  kereta lumba GT Proton Suprima S. Memang nampak garang kerana Suprima S GTX ini berbadan lebih lebar terutama sekali dibahagian sisi, selain bampar hadapan dengan corong udara lebih besar dan spoiler GT di belakang. Mungkinkah ini gambaran model pengganti Waja dan Persona dalam saingan BTCC nanti, kita tunggu je la ye…

* Terima kasih sekali lagi kepada laman Facebook rasmi Proton Holdings Berhad dan PROTON|design kerana menunaikan permintaan saya. Kepada yang belum LIKE lagi Facebook rasmi Proton Holdings Berhad jomlah LIKE sekarang! 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

44 Comments


  • Play safe byk dipengaruhi oleh pihak management dan kekangan kewangan, serta kebolehmampuan pihak vendor utk menterjemahkan model lakaran, model tanah liat kepada produksi.. element yg sukar utk mencari kesepakatan. sama juga dgn Gen-2, lakaran awal sangatlah mengiurkan.. tapi…..


    • bmw power,

      realitinya terlampau ramai org tak tahu mcm mana proton perlu hadapi untuk bina sebijik kereta. Org bukan tahu vendor x leh buat. org bukan tak tahu lain2 lagi. Org tahu lakaran dan actual kereta kene sama atau tak pun kene sama dengan concept.

      Itu belum cerita ape itu concept dan nak terjemak dari konsep ke reality lagi.


  • face lift kene cepat la proton.. bumper belakang dgn lampu tu . tak mengancam lansung.. haih… sayang kete dah cantik dari depan .. sekali belakang uwek.


    • depan suprima ko kate cantik?? hadoiiii…. grill terlopong cmtu matching ke dgn sporty concept?? depan balakng failed la.. mcm kucing kacuk dgn arnab.. hahaha


  • Suprima dgn Preve, belakang mmg tidak dinafikan mmg tak berapa nak cun. Suprima tue kira sikit jer, kalau mcm gambar kat atas tue lampu belakang tue baru ngam. Tapi belakang Preve mmg macam kereta tak siap dan nampak serabut.


    • Beauty at the eyes of the beholder….design blkng preve juz fine 4 me…rakyat Malaysia biasa sgt d’dedahkn dgn design kete jepun…klu design lain skit dr design jepun semua x lawa….Honda/Toyota kluar design buruk mcm mane pn org kita ttp sokong…sigh


      • good 1. Bontot vios pun org kata lawa. Aku x tahu le nak kata ape. And the new city dah mcm , belakang die dah nampak slim mcm org anorexia


        • tapi bagi saya design honda city baru agak menarik, mungkin bhgn tepi kurang menarik sebab diasaskan dari platform honda fit/jazz baru mcm city lama.. depan belakang ok je. dalam mmg terbaik


    • mat87,

      did u know about making cars. The statement “proton mmg mcmni sejak azali ..” will make u look like a dumb. Sorry for the harsh statement but automotive people will say this when their read ur comment.

      And If so ur know, can u list me the SOP for making a Car. Yep only 1 and i give u a simple one. Saga


      • Sy bknlah pakar mcm tuan utk beri SOP dr A to Z.. Sy ni hanya pencinta n peminat permotoran tanah air yg sntiasa memerhati prkembngan semasa.. Sebelum ni sy da lama bg pandangan n pendpt utk memajukan lg design proton ni.. Da penat da mgkin dgn prumpamaan ‘azali’ ni jer yg sesuai pd masa ni.. Da mcm2 saluran n blog dah.. Tp proton masihh lg dgn cara save designnya.. Bkn xboleh cut cost.. Tp jgnla smpai dilabel sbg keta 90an.. Kata nk masuk market global design pun kenala ikut citarasa global.. Pesaing kt luar semua kompetitif.. Reputasi kena jaga.. point dia kat sini proton kena berani berubahlah.. Kenala berani klua modal n dana yg besar.. Kena upgrade kpakaran dlm trim n komponen melalui vendor.. Vendor sedia ada masih d takuk lama.. perlu ada pmbaharuan.. da tak mampu nk mengikut design2 trkini yg lebih maju.. kalau proton sndiri tak nk berubah tak boleh nak buat apelah.. Ikut jelah flow dia.. Tp bila suprima takde org nak beli jgn salahkan pembeli ..


        • Mmm… pasal modal, tanya la kat DRB. Proton dh banyk berubah sebenarnya, cuma kena lajukn lagi langkah perubahan tu bagi mengejar pesaign2 global lain yg dah establish tu. DRB kena banyak bagi kuasa utk proton melakukan sesuatu. Tiada sifat kongkongan please.

          Cheers!


          • Itulah yg sepatutnya .. Apa pon pndekatan yg diambil… Akhir skali keputusan terletak pd kepuasan pembeli..


  • Bila lagi proton nk masuk wrc? Atau wtcc? Atau btcc (dah ada persona tp enjin toca) branding.. neo s2000 kenspa stop? X tetuskan legasi proton dlm sukan lasak?


  • Proton aku rasa not bad dlm racing.. orang kg kata ‘boleh pergi’. Tgk dalam msian super siries neo r3 n tedco racing masih boleh beat civic.. bukan setakat civic.. dc5 lg.. bukan setakat dc5 .. toyota ae86 baru lagi.. boleh tgk dalam youtube mss baru2 ni sempena f1 2014.


  • Proton ni mmg mat jenin. Design je lebat, versi produksi meon kelaut.asyik tuka ceo,tang tu jugak.xperlu teknikal la sgt, kene ade wow factor br org pdg.apepun, tongkat dgn botol susu kene buang la.


    • Mmm… setiap company pasti ada misi n visi la. design versi production dah ok dah, x ler dlm kategori buruk cuma kalau seperti design asal tentu lagi ok, x gitu?:P Sayangkn? Selepas menerima pelbagai kekangan, maka itulah hasilnya. Utk menghasilkan wow factor x semudah itu kn? Harap model seterusnya akan ketemu jua. Doa2kn.

      Errr… baru kuar dari gua tempurung ek?:P Proton dh bawah DRB la nie. Cuma uniknya prootn adalah dlm istilah kereta nasional yg terlalu jarang ada pada sesebuah negara pengeluar kereta dgn title itu. Ker yg nie maksud botol susu n tongkat tu? Kalau statement dari pesaing, mmg suka ayat tu:P Al-maklum la nk bersaing kat negara yg ada kereta nasional bukannya mudah. Hasut jer rakyatnya dgn istilah2 tongkat, botol susu dll. dgn harapan gov tunduk pada tekanan.:P, x gitu?:P… peerrgghh.

      Cheers!


  • aku tgk lakaran kereta proton ni cantik jgk, tak kalah dgn pengeluar kereta2 yg lain, tapi bila buat kereta sebenar, alamak mengecewakan la…. aku cadangkan kpd proton, korang ni jadi pengeluar lakaran kereta je la, buat lakaran kereta cantik2 dan jual kat pengeluar kereta yg lain. boleh la kan….


    • hehe buat side income bisnes Proton.. blh masuk juta2 RM tu.. so boleh top-up untung tksampai RM500 Saga SV.. modal sen2 jer.. pen dgn kertas jer..

      nk buat macm mana.. kilang kt Tanjung Malim canggih sgt… bila bikin production kete jd mcm lain dr design..yer kot…


  • SOP tak SOP…. kalau pengeluar lain vendor2 mereka boleh jer buat design yg pelik atau yg hampir dgn kereta concept final kenapa tak proton?? kalo vendor sedia ada tak boleh buat tukar jer vendor cari vendor yg biasa buat parts brg Audi dan KIA… btw proton top management pun jgn masuk campur sgt bab design kereta…tu yg susah bila org management campurtangan banyak sgt dlm creativity…. mcm depa plak pakar dlm design… last last kelaut…100% lari dari konsep car… BAIK TAK PAYAH BUAT KETA KONSEP!!


  • vendor pun management ada saham jugak ke..buat bentuk yang mudah-mudah je.. nanti untung sikit. kalau tak mau ikut design asal pun janganlah sampai lari sangat dengan design depan


  • Cantik design tu maknanya kretaiviti anak tempatan tak kalah dengan designer terhebat macam Peter Schreyer ke….al least atas kertas on par….
    Tapi bila direalitikan..Nampak gaya Kia Cerato..Hyundai makin jauh nampak futurustik. Mungkin sebab rakyatnya sokong betul industry kereta diorang dan ini baik utk Kia.
    Masalah kat Malaysia, kreativiti anak tempatan ini tak disokong oleh vendor..mungkin mesin mouldingnya belum pulang modal…invest untuk Gen2 pun tak balik modal dah nak wat mesin baru…
    Kena pulak teraju vendor ni pun naik Brabus, AMG atau Q7…so takdela nak bersungguh nak majukan industry kereta tempatan.
    Ni pandangan orag luar. Orang yang dalam industry automotive nak gelak pun takde hal.
    Tapi at the end of the day…aku jugak yang keluar duit. Kalau pandangan org biasa tak nak ambik kira..terpulanglah….Sales 2013 pun dah jatuh…..


    • Orang2 tua dulu dah bagi ingat.. alang2 celup pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. alang2 buat kereta buat sampai puas hati.. buat kereta betul.. bukan aku gak sokong proton.. mmg aku pakai proton saga orient.. gen2 n exora.. sebab tu je yang mampu bagi aku kalau nak banding dgn tanda harga kereta. Tapi fakyat pengguna nak juga ‘pulang modal’.


  • bukan setakat proton saja. malah anak syarikat drb yg lain terutama MODENAS pun bermasalah dalam hal ni. sebelum ni design kapcai atas kertas punyala mengancam, last2 yg kluar jauh beza.


    • ni la akibatnya bila yg ada MBA selalu masuk campur rekaan budak2 yg ada Master dalam automotive design…tak ke haru jadinya…yg buat market research bangang…lain kali org yg mencintai dunia pemotoran jer patut kerja di syarikat automotive… jgn ambik makcik yg bila free jual tudung fareeda design kereta atau buat market research psl industri kereta dan trend terkini….aku rasa patut diadakan pertandingan design kereta yg di sertai seluruh rakyat… yg menang akan terpilih utk production. seperti yg pernah mazda buat utk RX7. sampai kini design masih evergreen.


    • betul tu.. Modenas adalah lambang kegagalan DRB.
      DRB hanya pandai pasang keta yg ada jenama.. lepas tu jual..
      itu je..
      Modenas sgt berpotensi tp syg krn DRB diperintah oleh org2 elit yg xpikir dh pasal motor..
      letak MD yg dh expire dtunggu masa nk pencen..

      akhirnya skrg company2 luar spy SYM, Kymco menguasai pasaran selain dr Honda dan Yamaha yg sedia kala menguasai..

      DRB mmg hidup atas kapasiti politik je?


  • bagi aku proton punya design bhg depan no problem ok la..yg bermasaalah bg aku ialah bhg belakang terutama preve n exora..designer proton tolong prihatin masalah design belakang…kita sebenarnya lebih byk tgk kereta di bhg belakang dari yg depan…kerana aku x minat design belakang exora laa aku tangguh beli mpv..brand lain x mampu lg nak pakai…


  • others can come out with superb production car design, why can’t proton? so many alasan la ini proton.. vendor cannot do??? kick la that vendor! wanna go global? do what ever it takes la proton. gua tabik itu design team but management sucks big time.


  • Kalo proton tak berubah sekarang …aku bg masa 7tahun jer… proton akn gagal dan jatuh kedebab mcm nangka busuk. Sifat ego dan syok sendiri pihak pengurusan…serta pihak atasan yg selalu menjadi decision maker ttg design serta bahagian pemasaran yg tidak paham kehendak global dan pasaran sendiri akan memakan proton dgn lahap….masa sudah suntuk…kegagalan suprima adalah penanda aras…sebab itu proton masih tidak berani lancarkan proton GSC. Utk berjaya selain quality dan specs setanding taraf global, technology engine dan design amat penting utk melompat kedepan dgn pantas. Kali ini proton harus menitik beratkan ttg style design terkini dan penggunaan technology lbh kehadapan. Proton juga perlu invent benda baru supaya menjadi ikutan. Engine yg lebih berkuasa dan pengunaan minyak yg munasabah dgn kuasa juga penting. Akhir kata kelemahan suprima adalah finishing design yg lemah. Kereta lakaran suprima mempunyai ‘wow’ factor….tapi malangnya design model pengeluarkan agak mengecewakan. Tp masih belum terlambat perubahan masih boleh dilakukan terhadap model facelift…esp bahagian lampu belakang dan bumper serta grill depan dan bumper. Side mirror juga perlu diubah dan lampu depan dibuat perubahan dgn memasukkan style DRL terbaru seperti dipelopori oleh audi.


    • Proton hanya akan tinggal nama atau menjadi seperti perodua yg hanya menjadi pemasang kereta rebatch dr daihatsu. Proton harus berubah hari ini hari esok sudah terlambat… kalo boleh gunakan time capsule. Masa sudah suntuk utk mengejar. Proton harus diterajui oleh org yg mempunyai jiwa motorsport dan latar belakang atau kelulusan dlm rekebentuk automotive serta kelulusan pengurusan.

Leave a Reply