ARKIB

KATEGORI

Buletin

EMOS kini pengedar rasmi Kawasaki di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media yang disiarkan hari ini, Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS), pengedar untuk jenama Modenas telah dilantik sebagai pengedar rasmi motosikal keluaran Kawasaki berkuatkuasa 1 Oktober 2021.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Pelantikan ini akan menyaksikan EMOS mengambil alih  semua rangkaian produk Kawasaki termasuk motosikal, alat ganti, aksesori dan khidmat selepas jualan.

Bagi memastikan proses pertukaran ini berjalan lancar, tempoh peralihan selama enam bulan diperlukan dan ia akan dibantu oleh Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB).

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Sepanjang tempoh ini, pemilik motosikal Kawasaki masih boleh merujuk kepada pengedar atau stokis sedia ada untuk mendapatkan alat ganti dan urusan perkhidmatan teknikal. Perkembangan selanjutnya akan diumumkan kelak.

Semalam, kami ada menyiarkan artikel berhubung dengan KMSB yang mengumumkan mereka bakal menghentikan operasi pengedaran motosikal jenama Kawasaki di Malaysia bermula hari ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply