ARKIB

KATEGORI

Tular

Hasil kumpul duit syiling selama empat tahun, lelaki ini berjaya beli Toyota Rush secara tunai

Tular

Views

Seorang penjual di kaki lima di Kota Makassar, Indonesia berjaya membeli kereta idamannya iaitu Toyota Rush secara tunai menggunakan wang syiling hasil simpanan selama empat tahun, lapor Suara.com, semalam.

Menurut K! ONLINE, penjual tersebut, Asriadi Syamsuddin berkata, dia sudah menyimpan niat membeli kereta idamannya itu sejak 2018 dan nekad menabung wang hasil jualannya.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Tambah Asriadi, kebanyakan duit dalam tabungnya adalah wang syiling kerana ia merupakan pemberian pelanggan yang membeli barang jualannya.

Katanya, dia tidak terasa sudah empat tahun menabung duit syiling ini kerana tidak pernah mengira jumlahnya.

Apabila dia melihat bekas air yang digunakan untuk menyimpan duit syiling sudah penuh, barulah ia dikeluarkan dan mendapati bahawa jumlahnya mencecah ratusan juta rupiah.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Ketika membawa wang tabungan ke bilik pameran kereta Toyota di bandar, para pekerja di sana telah membantu Asriadi mengira jumlah yang diperlukan untuk membeli kereta idamannya.

Kata seorang pekerja Toyota, bernama Nur, ini satu situasi luar biasa kerana pihaknya tidak pernah menerima pelanggan yang membeli kenderaan secara tunai menggunakan duit syiling.

Namun, Asriadi membawa wang yang cukup iaitu 271 juta rupiah (RM79,269) untuk membolehkannya memiliki Toyota Rush idamannya itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply