ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemain Real Madrid dapat kereta Audi

Views
لاعبوا ريال مدريد يستلمون سيارات الاودى الجديدة Real Madrid Players receive new Audi cars 23/11/2017

Siapa yang tak kenal dengan pasukan Real Madrid kan? Dengan himpunan pemain bintang bertaraf dunia, pasukan ini setiap tahun mendapat penajaan kenderaan daripada salah satu penaja mereka iaitu Audi. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pemain pasukan tersebut diberi kebebasan untuk memilih kenderaan Audi yang terpilih dan model yang paling popular serta menjadi pilihan kebanyakan mereka adalah model SUV, Q7.

Tiga daripada mereka memilih Q7 varian e-tron quattro manakala seorang pemain, Kiko Casilla memilih SQ7 TDI. Selain itu ada di antara mereka yang memilih model Audi Sport, empat daripadanya meminati RS6 Avant Performance dan dua lagi pemain termasuk pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo telah membawa pulang RS7 Sportback.

Antara model RS yang lain dipilih oleh beberapa pemain Real Madrid termasuklah sebuah R8 Spyder V10 dan dua buah RS5 Coupe, yang bakal dimiliki oleh pemain sayap Lucas Vazquez. Semasa acara penyerahan kenderaan, para pemain juga berpeluang memandu uji maya untuk model kereta lumba Formula E, Audi e-tron FE04 yang bakal membuat kemunculan pertama pada 2-3 Disember 2017 di Hong Kong.

Bertuah badan, dah la gaji masing-masing berjuta setahun, dapat kereta free lagi. Untunglah!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply