ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM tawar bantuan bencana banjir untuk pemilik Nissan

Views

01_ETCM Tawau 3S Centre_Exterior

* Foto hiasan

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dan Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) telah mengumumkan “Nissan Relief Campaign” untuk pelanggan Nissan di kawasan yang dilanda banjir di seluruh negara. Kempen ini bertujuan untuk membantu pemilik kenderaan Nissan yang telah rosak akibat banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia, terutamanya Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan Sabah. Nissan Relief Campaign akan menyediakan:

1. 25 peratus diskaun ke atas alat ganti tulen Nissan
2. 25 peratus diskaun ke atas caj buruh
3. Caj tunda percuma sehingga RM150.
4. Jaminan tiga (3) bulan atau 5,000 km untuk caj buruh alat ganti tulen Nissan

“Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membantu orang-orang yang telah menyokong kami dalam masa mereka memerlukan, ” kata Encik Tan Keng Meng, Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM. Nissan Relief Campaign akan bermula berkuat kuasa serta merta sehingga 28 Februari 2015. Mangsa banjir yang terlibat digesa untuk menghantar kenderaan Nissan mereka ke pusat servis berdaftar yang berhampiran. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi hotline 24 jam Nissan di 1800-88-3838.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply