ARKIB

KATEGORI

Buletin

GO Auto keluarkan unit CKD pertama Great Wall M4!

Views

1st roll out

Baru-baru ini GO Auto dengan bangganya mengumumkan pengeluaran pertama unit CKD pertama Great Wall M4 dari kilangnya di Gurun, Kedah. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Go Auto, En.Ahmad Azam, “Kilang kami kini bersedia sepenuhnya untuk mengeluarkan unit CKD Great Wall M4. Dengan kapasiti pengeluaran 24,000 unit setahun dengan operasi 2 shif, kami jangka dapat mengeluarkan sebanyak 12,000 unit menjelang 2015.”

Great Wall M4 telah diperkenalkan pada Julai lalu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan setakat ini. Model versi manual kini sudah berada di atas jalan manakala versi AMT bakal dihantar kepada pemiliknya mulai penghujung bulan Januari 2015 dalam jumlah terhad dan pengeluarannya bakal digandakan mulai bulan Mac. CKD merupakan proses yang cukup kritikal untuk semua OEM kerana ia memerlukan pemeriksaan yang ketat dan perlu melalui pelbagai ujian.

Whole Team

Ini juga merupakan pengalaman pertama Great Wall Motors mengeksport model Great Wall M4 AMT pemaduan sebelah kanan untuk dipasang secara CKD. “Kami turut berterima kasih kepada pelanggan kami yang bersabar dan menyokong kuat produk kami. Kini kami bersedia untuk menghantar M4 kepada mereka dan akan melancarkannya secara rasmi pada suku pertama 2015.” tambah En.Ahmad Azam.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply