ARKIB

KATEGORI

Buletin

Fasiliti pembaikan badan dan cat, Volvo Certified Damage Repair Centre dirasmikan

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia baru-baru ini merasmikan fasiliti pembaikan badan dan catnya yang pertama, Volvo Certified Damage Repair Centre (VCDR). Fasiliti tersebut kini tersedia di Federal Auto Cars, Glenmarie dan juga Sime Darby Swedish Auto, Ara Damansara.

Menurut Ketua Volvo Cars APEC, Nick Connor, pelancaran Volvo Car VCDR adalah untuk merealisasikan lagi visi mereka dalam menawarkan standard tertinggi khidmat selepas jualan kepada para pelanggan.

VCDR menumpukan pada penyediaan servis pembaikan badan dan cat yang pantas dan cekap, serta penggunaan kelengkapan dan peralatan canggih yang digabungkan dengan pematuhan ketat kepada proses standard Volvo.

Bagi Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump, dengan memperkenalkan VCDR dalam rangkaian pengedarnya, ia membolehkan pelanggan menikmati kenderaan yang memberikan mereka jangka hayat untuk sepanjang hayat.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Piawaian VCDR menggabungkan penggunaan teknologi mampan untuk perkhidmatan pembaikan badan dan cat mereka, seperti sistem pengudaraan tekanan rendah dengan kawalan automatik yang mengurangkan pelepasan karbon dioksida, pelepasan zarah mikroskopik dan penggunaan tenaga.

Selain itu, mesinnya menggunakan bateri semasa memanaskan sistem elektrik, dan lebih daripada 80 peratus udara akan disedut masuk melalui sistem penapisan yang mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan gas rumah hijau.

Penggunaan Sebatian Organik Meruap (VOC) dalam cat kini digantikan dengan cat berasaskan air, bagi mengurangkan pendedahan pekerja kepada bahan kimia berbahaya.

Dilengkapi dengan teknologi terkini dan juruteknik terlatih, Federal Auto Cars Glenmarie, dan Sime Darby Motors Centralized Body and Paint Centre adalah dua pusat servis Volvo pertama di Malaysia yang diselaraskan dengan piawaian VCDR.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Berkeluasan 11,133 kaki persegi, setiap kemudahan ini mampu mengendalikan sehingga 1,260 kenderaan setahun.

Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan berkata, pihaknya berhasrat untuk terus memberikan perkhidmatan dan tawaran berkualiti terbaik kepada para pelanggan.

Ini termasuklah meningkatkan kemampanan operasi bagi meminimumkan kesan alam sekitar, di samping mengekalkan kecemerlangan perkhidmatan.

Pengerusi Federal Auto Holdings Berhad, Wong Fay Lee pula berkata, pihaknya begitu komited ke arah menyampaikan kualiti perkhidmatan yang cemerlang dan kenderaan selamat kepada pelanggan Volvo menerusi pelaburan dan penambahbaikan berterusan setiap aspek operasinya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Volvo Certified Damage Repair Centre, sila hubungi Volvo Ara Damansara di 03-7623 3200 atau Volvo Glenmarie di 016-248 0878 untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply