ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ferrari California T bakal buat penampilan pertama di Geneva!

Views

140211_California_D3_4ant_sx_basso

Siapa yang tak kenal dengan jenama kereta sports terkemuka dari Itali ni kan? Hatta kanak-kanak kecil pun teruja mendengar nama Ferrari. Sempena Geneva Motor Show 2014, Ferrari bakal memperkenalkan California T yang bakal membuat penampilan pertamanya Mac ini. California T merupakan inovasi yang cemerlang untuk konsep 2+, dengan kabin yang lebih penghalusan dan bumbung boleh lipat yang mengubah rupanya dari sebuah coupe kepada spider hanya dalam masa 14 saat!

Dikuasakan dengan enjin turbo 8 silinder, jurutera dari Maranello telah berjaya menjadikan enjin terbaru ini lebih prestasi, daya pecutan yang hebat, deruman enjin yang paling enak didengar serta buat pertama kalinya tiada turbo lag telah dicapai secara virtual. Untuk versi N/A, daya kilas telah berjaya ditambah, terima kasih kepada Variable Boost Management.

* Tunggu kemuculannya tak lama lagi ye.   🙂

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply