foodpanda telah melancarkan rangkaian faedah tambahan termasuk diskaun dan faedah-faedah yang lebih baik untuk dinikmati oleh rakan penghantaran untuk suku ketiga 2021.
Paling utama adalah program foodpanda x Urbanice Bike4U, yang merupakan kolaborasi antara foodpanda dan Urbanice, di mana sebanyak 30 buah motosikal diberikan kepada penghantar pejalan kaki yang memerlukan.
Menurut Ketua Logistik, foodpanda, Shubham Saran, pihaknya akan terus berusaha memperkenalkan faedah baharu yang diberi penambahbaikan setiap suku tahun.
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
Tambah Shubham, langkah ini adalah juga salah satu tanda penghargaan foodpanda kepada rakan penghantaran dan akan ada lebih banyak lagi seumpamanya pada masa hadapan.
Berikut adalah perincian faedah dan tawaran lain yang diperkenalkan pada suku ketiga 2021:
Tawaran Senarco (Shriro)
Rakan penghantaran foodpanda yang telah divaksinasi (sama ada 1 atau 2 dos) kini boleh menikmati potongan sebanyak 30 peratus untuk minyak pelincir Senarco yang dijual di Shopee dan Lazada. Maklumat lanjut boleh layari https://www.pandariders.my/tawaran-shriro.
Tawaran Oppo
Bermula Julai, rakan penghantaran foodpanda diberi potongan harga untuk peranti Oppo yang terpilih.
Program Aspirasi CashNow Combo Plus
Program ini merupakan program pembiayaan mikro yang juga disediakan untuk rakan penghantaran foodpanda.
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
Ia menawarkan pembiayaan dari RM1,500 hingga RM3,000 dengan pilihan perlindungan untuk kemasukan ke hospital dan juga perbelanjaan pembedahan. Aspirasi TeamCare turut menawarkan pembiayaan sehingga RM20,000.
Tawaran Digi
Disediakan secara eksklusif untuk rakan penghantaran foodpanda, Digi menawarkan rebat bulanan sebanyak RM30 untuk pelan pascabayar Digi yang terpilih.
Liga Panda
Ini merupakan program ganjaran terbaharu yang diperkenalkan oleh foodpanda dalam usaha mewujudkan hubungan berterusan dengan rakan penghantaran serta mengiktiraf mereka yang cemerlang di samping menggalakkan mereka untuk sentiasa kekal selamat dan efisien.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.pandariders.my.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
KOMEN TERKINI