ARKIB

KATEGORI

Buletin

KMSB henti operasi pengedaran motosikal Kawasaki di Malaysia mulai 1 Oktober

Berita Tempatan

Views

Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) secara rasminya mengumumkan yang mereka bakal menghentikan operasi pengedaran motosikal jenama Kawasaki di Malaysia bermula 1 Oktober 2021.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Menurut MotoMalaya.net, keputusan ini terpaksa diambil setelah menilai beberapa perkembangan baharu daripada Kawasaki Heavy Industries, Ltd. Japan (KHI) antaranya polisi pelaburan di Malaysia serta penyertaan ekuiti ke dalam Modenas pada 26 April 2019.

Dalam satu satu kenyataan, KMSB berkata, pihaknya mahu mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan dan kepada semua, terutamanya rakan kongsi selama 33 tahun ini di Malaysia.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Dalam masa yang sama, KMSB turut mengucapkan terima kasih kepada KHI kerana memberi peluang kepada mereka untuk mewakili jenama tersebut.

Sementara itu, KMSB juga memaklumkan untuk sebarang urusan melibatkan waranti, perhidmatan selepas jualan dan alat ganti, akan diumumkan oleh pihak KHI sendiri dalam masa terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply