Foto rasmi Geely SS11 dalam resolusi rendah mula berlegar di laman maya dan ia telah dimuat naik oleh laman sesawang Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China. Difahamkan model ini bakal menjadi generasi keempat Emgrand dan gaya reka bentuknya mirip Geely Preface (Xing Rui), namun dalam skala lebih kecil.
SS11 dijana oleh enjin aspirasi normal JLC-4G15B 1.5 liter empat-silinder petrol yang mampu menghasilkan 113 kuasa kuda. Ia mempunyai dimensi 4,638 mm panjang, 1,820 mm lebar, dan 1,460 mm tinggi dengan jarak antara gandar 2,650 mm.
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!
Setakat ini, belum ada perincian lebih lanjut mengenai model sedan terbaharu Geely itu dan ia akan mula dijual di pasaran China menjelang akhir tahun ini. Dalam artikel terdahulu, ejen perisik kami Mat Bond berkata, ada ura-ura mengatakan Proton bakal membangunkan sebuah sedan baharu dengan namakod SS11.
Adakah SS11 yang dimaksudkan itu model sedan terbaharu ini? Menurut Mat Bond lagi, model sedan itu mungkin akan menjadi pengganti kepada model Prevé pada tahun 2023. Untuk tahun depan, Proton bakal melancarkan sebuah SUV tujuh-tempat duduk yang berasaskan model Geely Hao Yue (VX11) / Okavango.
JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?
Kelibat model tersebut telah mula menjalani ujian sekitar Lembah Klang dan kami pernah menyiarkan foto dan video intipnya dalam artikel ini. Bakal SUV ketiga Proton ini dijangka diperkenalkan pada suku kedua tahun 2022.
Berbalik kepada SS11, mungkinkah model ini menggunakan nama Proton S50 kerana nama tersebut telah pun didaftarkan di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Nantikan info terkini mengenai Geely SS11 (Proton S50) dari semasa ke semasa!
KLIK UNTUK BESARKAN
Gambaran Proton Persona versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
KOMEN TERKINI