ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford mula acah model Everest 2022, kembar Ranger versi SUV generasi baharu

Berita Global

Views
Next-Gen Ford Everest Is Coming

Ford memulakan ‘sesi mengacah’ model generasi baharu Everest menerusi satu video yang memaparkan fasa akhir pembangunannya sebelum ia diperkenalkan pada suku pertama (Q1) 2022.

Varian SUV bagi trek pikap Ranger itu bakal dilancarkan di beberapa pasaran terpilih, termasuklah Filipina, Thailand, Australia, dan mungkin juga dijangka tiba di India dengan menggunakan nama Endeavour.

Model prototaip yang beraksi dalam video itu masih sarat dengan pelitup celoreng yang diinspirasikan dari puncak gunung. Sungguhpun dilitup, kita masih dapat melihat hampir keseluruhan panel badannnya berkongsi dengan Ranger.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Rekaan hadapannya juga hampir seiras dengan Ranger, manakala profil sisinya berbeza di bahagian belakang yang kini berubah daripada trak pikap menjadi SUV lima-pintu.

Jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya, Everest baharu ini nampak lebih padu, kerana fendernya lebih berkotak dan rekaan belakang baharu dengan lampu belakang LED yang disusun secara melintang.

Setakat ini masih belum ada foto di bahagian kabin, namun besar kemungkinan ia akan berkongsi papan pemuka dengan Ranger. Ini bermakna ia juga akan menerima skrin sesentuh 10.1-inci atau 12-inci yang menampilkan sistem infohibur SYNC4.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Selain itu, ia turut dilengkapi engan kelompok meter digital dan bahan berkualiti tinggi berbanding dengan model sebelumnya. Model ini juga bakal menawarkan ruang lega kaki dan juga ruang kargo yang lebih besar.

Everest 2022 juga akan berkongsi pelantar seni bina kerangka-tangga yang dipertingkatkan bersama Ranger dan juga Volkswagen Amarok.

Dari segi pilihan trenkuasa, Everest 2022 akan ditawarkan dengan enjin empat-silinder 2.3-liter EcoBoost, 2.0-liter turbodiesel dan 3.0-liter V6 turbodiesel yang lebih berkuasa.

Versi elektrik juga pernah diintip sebelum dan ia memberi petunjuk kepada versi dengan trenkuasa hibrid palam-masuk (plug-in hybrid). Ford dijangka mendedahkan lebih banyak lagi perincian model ini menjelang pelancaran rasminya nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply