ARKIB

KATEGORI

Buletin

Petronas rancang untuk membida lesen perbankan digital

Berita Tempatan

Views

Syarikat minyak nasional, Petronas dan firma Singapura, Sea Ltd adalah antara syarikat yang merancang untuk membida lesen perbankan digital di Malaysia, menurut sumber yang rapat dengan perkara itu. Perkembangan itu berlaku ketika Malaysia bersedia untuk membuka industri kewangannya.

Berita Harian melaporkan, konglomerat tempatan, Genting Bhd dan YTL Corp serta kerajaan Sarawak turut pertimbangkan bidaan, kata sumber itu yang enggan untuk dikenali kerana maklumat tersebut adalah sulit.

Sebahagian firma itu, seperti Sea dan YTL Corp, menjalin kerjasama dan merancang untuk membida sebagai konsortium, kata sumber berkenaan. Selain itu, firma e-hailing dan pembayaran, Grab Holdings Inc, Sunway Bhd serta beberapa lagi yang turut menyatakan minat.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Rancangan Malaysia untuk mengeluarkan sehingga lima lesen perbankan digital mencetuskan aktiviti dalam kalangan firma teknologi, bank dan lain-lain yang magu mengukuhkan kedudukan dalam perkhidmatan kewangan.

Bidaan akhir akan tamat pada 30 Jun ini dan Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menentukan pemenang pada akhir 2022. Malaysia menyertai Hong Kong dan Singapura untuk membuka sektor perbankan kepada peserta bukan kewangan bagi menghadapi peralihan ke arah teknologi, transaksi tanpa tunai serta pinjaman dalam talian.

Pandemik turut mempercepatkan keperluan transaksi digital, dengan bank tradisional seperti HSBC Holdings plc bercadang untuk menutup beberapa cawangannya di Malaysia sebagai sebahagian strateginya berkembang ke arah digital.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Wakil Sea, Grab dan kerajaan negeri Sarawak enggan mengulas, manakala YTL Corp dan Genting tidak memberikan maklum balas permintaan mendapatkan kenyataan. Petronas merancang untuk menumpukan kepada perbankan Islam digital dengan rakan institusi kewangan, kata sumber.

Wakil firma itu juga tidak memberikan balasan kepada beberapa permintaan mendapatkan kenyataan. Syarikat fintech sedia ada akan memperoleh rangsangan besar dari segi kredibiliti mendapatkan kepercayaan pantas pengguna dengan identiti rasmi sebagai sebuah bank, selain lesen sah untuk menjalankan aktiviti perbankan, yang begitu dikawal selia di Malaysia.

Pengarah pelaburan Fortress Capital Asset Management Sdn Bhd, Chua Zhu Lian berkata, daripada perspektif nasional, ia akan menjadi pencapaian besar untuk mengubah ekonomi menjadi ekonomi digital.

Singapura pada Disember lalu memberikan empat lesen perbankan digital kepada Grab, Sea, Ant Group Co Ltd dan konsortium membabitkan firma China, Greenland Financial Holding Group. Ia merintis jalan kepada gergasi teknologi berkenaan mengembangkan perkhidmatan kewangan di hab Asia Tenggara itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply